Elak Beli Barangan Dari China Wabak Koronavirus 2

Wabak Koronavirus: Doktor Saran Tangguh Beli Barangan Dari China, Ini Jawapan Shopee

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Wabak koronavirus yang bermula di Wuhan, China kini sudah merebak kepada lebih 13 buah negara lain termasuklah Malaysia yang sudah mencatatkan tujuh kes positif.

BACA: Kes Pertama Wabak Koronavirus Di Malaysia Libatkan Tiga Warga China

Didakwa sebagai wabak yang tiada ditemui lagi penawarnya, seorang pakar perubatan telah memberikan saranan agar rakyat Malaysia menangguhkan dahulu pembelian barangan dari China.

Elak Beli Barangan Dari China Wabak Koronavirus 1

Hantaran berkenaan yang tular di laman Facebook itu kemudiannya mendapat maklum balas daripada platfom beli belah atas talian Shopee.

Menurut Shopee, barangan yang datang dari China mengambil masa sekurang-kurangnya selama 24 jam untuk sampai ke Malaysia dan ianya berpotensi rendah dalam menyebarkan virus berkenaan melalui barangan tidak hidup.

Wabak Koronavirus, Banda Wuhan Dikuarantin 1

Pihak Shopee yang mengambil berat mengenai keadaan tersebut turut mengamalkan langkah pencegahan seperti:

  1. Barangan yang berada di gudang transit di China akan dinyahjangkit (disinfectedI setiap hari.
  2. Pekerja yang akan memasuki kawasan gudang akan diperiksa dengan teliti terlebih dahulu.
  3. Kesemua pekerja diwajibkan memakai topeng dan mensanitasi diri sebelum menguruskan barangan.

Shopee merupakan antara platform beli belah terbesar yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk pembelian barangan yang jauh lebih murah dari kedai fizikal.

BACA: Hospital Pertama Pesakit Koronavirus Sudah Siap Dibina, Mula Operasi Hari Ini

Malah Kementerian Kesihatan sendiri menerusi laman Facebook mereka menyarankan agar setiap barang yang diterima dari China disanitasi terlebih dahulu sebagai langkah keselamatan awal.

Elak Beli Barangan Dari China Wabak Koronavirus

Terkini, melalui Twitter CGTN, seorang doktor mendakwa telah berjaya merawat seorang magsa wabak koronavirus di China.

Sumber: Ros Afida Ismail