
Wabak Koronavirus: ‘Dikunci’ Dari Dunia Luar, Penduduk Wuhan Minta Bantuan Dunia
Wabak koronavirus yang melanda Wuhan, China kini semakin teruk.
BACA: Penularan Wabak Koronavirus: Kedudukan Kesihatan Rakyat Malaysia Semakin Terancam
Dengan peningkatan angka kematian kepada 56 orang dan yang dijangkiti lebih daripada 1,975 kes, pentadbiran Wuhan mengambil langkah menutup Wuhan daripada diakses keluar dan masuk.
Bermula daripada tempat ibadat sehinggalah ke kawasan pelancongan seperti Disneyland, kesemuanya ditutup daripada menerima kunjungan pelancong.
【武汉封城后市面犹如空城】
武汉疫情持续恶化,中国官方更史无前例宣布,由周四(23日)早上10时起封城,市面犹如空城。一名武汉居民讲述封城后的情况,她抱怨当局若及早加强防疫,就不会令疫情爆发。#武汉封城#全城变空城#新型肺炎 pic.twitter.com/iGEoTaYPUz
— 自由亚洲电台 (@RFA_Chinese) January 23, 2020
Bukan itu sahaja, malah pengangkutan awam turut dihentikan sehinggalah diberitahu kelak dalam usaha membanteras wabak berkenaan daripada terus merebak dengan lebih meluas.
BACA: Ibu Bapa Sanggup Tinggal Anak Disyaki Terkena Koronavirus Di Lapangan Terbang
Sudah seperti ‘bandar hantu’, penduduk Wuhan meluahkan rasa terkejut mereka dan meminta bantuan dunia untuk menyelamatkan mereka antaranya daripada segi barangan keperluan dan makanan.
⚠️☣⚠️INCREDIBLE! THE ENTIRE CITY OF WUHAN HAS BEEN QUARANTED AND COMPLETELY ISOLATED. NO ONE CAN ENTER AND EXIT FROM THE CITY! ⚠️☣⚠️ #coronavirus #Wuhan #WuhanQuaranted pic.twitter.com/kwqj3RiJqx
— Earthquakes World (@Terremoti7) January 22, 2020
Ada yang memberitahu, penutupan bandar Wuhan seperti membayangkan pengakhiran dunia (kiamat) dan rela melarikan diri daripada menantikan detik kematian di sana.
Bahayanya wabak koronavirus ini sehinggakan satu orang yang memilikinya mampu menjangkiti sekitar dua ke tiga orang yang lain.
Akan tetapi, ada yang mempertikaikan kuarantin ini. Menurut media Wired, wabak virus di Wuhan ini akan tetap ‘mencari’ jalan keluar dari Wuhan walaupun telah dikuarantin.
Wabak ini dikatakan telah merebak ke 11 buah negara lain termasuklah Malaysia dan negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.
Namun semasa ditanya kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir, kerajaan masih belum ada perancangan untuk mengenakan larangan terhadap pelancong China kerana masih belum dalam keadaan serius.
BACA: Ibu Bapa Sanggup Tinggal Anak Disyaki Terkena Koronavirus Di Lapangan Terbang
Negara lain seperti Filipina dan Rusia telah mengambil langkah berjga-jaga dengan drastik iaitu ‘menghalau’ keluar semua pelancong China ke negara China semula.
Para saintis mendapati wabak koronavirus yang sedang melanda dunia kini boleh bertahan pada permukaan yang kerap disentuh sehingga tempoh sembilan hari.
Antara permukaan yang mempunyai potensi jangkitan ialah tombol pintu, besi pemegang dalam kenderaan awam serta beberapa permukaan yang kerap disentuh di kawasan tumpuan ramai seperti hospital dan besi pemegang kenderaan awam.
Sumber: Wired,