Wabak Koronavirus

Wabak Koronavirus: Benarkah Ia Konspirasi Terancang Sejak 200 Tahun Lalu?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kematian yang disebabkan oleh wabak koronavirus kini mencecah 80 orang dengan kes individu dijangkiti sebanyak 2,700.

BACA: Wabak Koronavirus: ‘Dikunci’ Dari Dunia Luar, Penduduk Wuhan Minta Bantuan Dunia

Namun pakar memberikan amaran mungkin sebenarnya kes yang dijangkiti kini sebenarnya sudah mencecah 100,000 orang.

Di Malaysia setakat ini sudah mencatatkan empat kes positif yang kesemuanya membabitkan pelancong dari China dan kesemuanya dilaporkan dalam keadaan stabil.

Manakala 18 warga Malaysia, 18 warga China dan satu warga Jordan sedang diuji sampelnya bagi 37 kes Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI).

BACA: Kes Pertama Wabak Koronavirus Di Malaysia Libatkan Tiga Warga China

Sehingga kini, tiada vaksin atau pun ubat yang dikesan bagi merawat mangsa yang dijangkiti wabak yang boleh membawa maut ini.

Koronavirus Pertama Di Malaysia 1

Seakan menjadi fenomena, timbulnya teori konspirasi bahawa wabak koronavirus ini sebenarnya sudah wujud sejak 200 tahun dahulu.

Menurut seorang bekas pegawai perisikan tentera Israel, Dany Shoham, virus ini sebenarnya merupakan senjata biologi rahsia China yang berasal dari salah satu makmal di Wuhan.

Manakal seorang doktor, ahli nujum dan peramal terkenal Perancis, Nostradamus sudah meramalkan penyebaran ini sejak ratusan tahun dahulu.

Nostradamus telah meramal tepat beberapa peristiwa dunia antaranya kemunculan Napoleon, Hitler dan serangan 9/11 di Amerika Syarikat.

Teori Konspirasi Wabak Koronavirus

Walaupun sudah meninggal pada tahun 1566, buku-buku Nostradamus masih diteliti sehingga kini. Antara petikan yang popular kini yang dikatakan merujuk kepada wabak koronavirus ialah:

Wabak yang hebat dari kota maritim tidak akan berhenti  sehinggalah kematian darah benar terbalas, terhukum tanpa kejahatan oleh seorang wanita hebat yang marah kerana kemunafikan.

Malah ianya juga dikatakan merujuk kepada wabak Sars yang pernah melanda China pada tahun 2003 yang mana kota maritim yang menjadi subjek adalah Hong Kong dan wanita hebat berkenaan adalah bekas Menteri Kesihatan  China, Wu Yi yang pernah menjadi individu penting mengawal penyebaran virus SARS.

Walaupun begitu, teori konspirasi ini hanyalah sekadar andaian. Sejauh mana kebenarannya ianya tertakluk kepada mereka yang mahu mempercayainya.

Sumber: Daily Star