
Volvo XC90, SUV Keluarga Yang Pentingkan Ciri Keselamatan
Volvo telah melancarkan SUV terbaharu mereka, XC90, kenderaan SUV untuk kegunaan keluarga yang bukan hanya boleh menjaga keselamatan anak-anak, tetapi juga ibu bapa.
Sebaik sahaja mereka menjadi ibu bapa, pasangan yang baru mendirikan rumah tangga pasti akan menumpukan perhatian kepada penjagaan cahaya mata.
Salah satu keutamaan mereka adalah untuk mendapatkan kereta yang khusus untuk kegunaan keluarga.
Tanpa mengira saiz dan reka bentuk, sebuah kereta keluarga harus mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mantap dan mempunyai ruang yang cukup untuk bilangan ahli keluarga yang kian bertambah.
Volvo memahami faktor-faktor penting ini dan menyedari bahawa sebagaimana ibu bapa mengutamakan keselamatan anak-anak, keselamatan mereka juga perlu dijaga.
Volvo XC90 merupakan SUV mewah bersaiz sederhana dengan tujuh tempat duduk, yang direka untuk menjaga anda dan mereka yang tersayang.
Kelainan Volvo XC90 terletak pada kemewahan yang bersahaja dibina di dalam casis yang bukan sahaja cukup sesuai untuk seisi keluarga tetapi juga cukup besar untuk memuatkan penumpang yang lain.
Ia juga mempunyai ruang bonet belakang yang lebih besar, ciri keselamatan yang lebih banyak, dan ciri-ciri tambahan lain yang mungkin anda tidak terfikir akan diperlukan kelak.
Reka bentuknya kini lebih panjang dan luas dan merupakan pilihan kenderaan yang mewah bagi keluarga yang sedang berkembang.
Pendek kata, Volvo XC90 adalah SUV mewah penuh dengan rekaan intuitif untuk keperluan anda yang kian bertambah.
Keselamatan Sentiasa Menjadi Keutamaan
Volvo menyisipkan dua ciri keselamatan penting pada Volvo XC90 – Lane Keeping Aid dan Cross Traffic Alert.
Lane Keeping Aid berguna untuk memberikan bantuan kawalan dalam pemanduan dan ia akan memberi amaran kepada pemandu sekiranya kenderaan mereka terkeluar dari laluannya.
Cross Traffic Alert berfungsi dengan memberikan isyarat akustik apabila terdapat sebarang objek sedang berhampiran dengan kereta dan ia akan memancarkan amaran kepada pemandu.
Apabila digandingkan dengan ciri Blind Spot Information, ia dapat mengesan kenderaan dari arah bertentangan dan halangan ketika kereta sedang mengundur, mengelakkan kemungkinan terjadinya pelanggaran.
Kereta yang Direka untuk Kehidupan Berkeluarga
ISOFIX Mounting Points merupakan cara yang paling selamat dan mudah untuk memasang kerusi keselamatan kanak-kanak dan boleh diakses melalui bahagian bawah sandaran tempat duduk belakang.
Integrated Booster Cushion membolehkan kanak-kanak menikmati pemandangan luar dan ibu bapa tidak perlu risau kerana kerusi ini dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan khas untuk anak-anak mereka.
Keselamatan adalah Teras di Volvo
Terbukti sebagai antara kereta yang paling selamat di jalan raya, Volvo XC90 telah dianugerahkan TOP SAFETY PICK+ 2023 oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS).
Volvo XC90 telah memenuhi kriteria institusi yang lebih ketat dan keperluannya untuk menyediakan perlindungan pelanggaran sisi yang lebih baik, sistem pencegahan pelanggaran pejalan kaki yang dipertingkatkan, serta penyingkiran lampu hadapan yang tidak mencapai standard yang tertentu.
Sepanjang bulan Mac 2023 (bermula 1 hingga 31 Mac 2023*) ini Volvo Car Malaysia akan menawarkan pakej servis penyelenggaraan lima tahun (VSA5+) bernilai RM10,960 secara percuma untuk setiap pembelian model-model sedan S60 & S90, wagon V60, serta barisan SUV XC40 B5, XC60 B5 & T8 dan XC90 B5 & T8.
Dengan adanya penawaran pakej servis VSA5+ ini, ia mampu memberikan ketenangan jiwa kepada para pemilik Volvo sepanjang tempoh pemilikan.
Pembeli EV Volvo XC40 BEV pula akan disertakan dengan baucar soket pengecas kediaman (wallbox) percuma bernilai RM7,000.
Untuk mendapatkan maklumat terperinci berhubung promosi terbaharu Volvo Car Malaysia, layari laman web rasmi di sini.
*kereta perlu didaftarkan sepanjang tempoh tersebut untuk melayakkan pembeli mendapatkan pakej servis VSA5+
BACA: Perodua Bezza Punya Handling Macam Sampan, Lelaki Ini Terangkan Mengapa Jadi Begitu