Volunteer Smartphone Patrol (VSP)

Volunteer Smartphone Patrol (VSP) – 6 Langkah Mudah Untuk Lapor Pada Polis Pergerakan Balik Kampung Anda

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sekiranya anda dan keluarga berhajat untuk pulang ke kampung di musim perayaan ini, anda dinasihatkan agar memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu mereka memantau dan membuat rondaan di kawasan kediaman anda.

Selain dari mengisi Borang Maklumat Balik Kampung dan menghantarnya ke balai-balai polis yang berdekatan, anda juga masih boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD terdekat atau MERS 999 bagi memaklumkan tentang pergerakan balik kampung anda.

PDRM turut menggalakkan penggunaan aplikasi telefon pintar Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang merupakan cara yang paling mudah bagi membantu pihak polis membuat rondaan semasa anda beraya di kampung.

Hanya muat turun aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) di Google Play atau Appstore dan ikuti 6 langkah mudah yang dikongsikan di Facebook Majlis Perbandaran Kulim berikut:

Volunteer Smartphone Patrol (VSP)

Akan tinggalkan rumah banyak hari??

Anda amat disaran untuk melaporkan tempoh ketiadaan anda di rumah bagi membolehkan pihak PDRM membuat rondaan secara berkala di kawasan perumahan anda.

Volunteer Smartphone Patrol atau lebih dikenali sebagai VSP, merupakan satu inisiatif baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis.

Jika dahulu masyarakat boleh melaporkan jenayah melalui talian hotline PDRM dan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) tetapi melalui VSP, masyarakat kini boleh menyalurkan aduan/maklumat yang dilengkapi dengan elemen multimedia seperti gambar, video dan koordinat GPS lokasi kejadian.

Ikuti langkah mudah melaporkan melalui VSP:

  1. Install Aplikasi VSP melalui Play Store
  2. Buka Aplikasi VSP PDRM
  3. Daftar bagi pengguna baru
  4. Pilih bahagian “Balik Kampung”
  5. Isi maklumat dengan lengkap dan betul.
  6. Terima mesej pengesahan daripada pihak PDRM.

Selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya.

Ingatlah orang yang tersayang 😊😊😊

PDRM KULIM KEDAH
#keepkulimsafe
#VolunteerSmartphonePatrol
#MajlisPerbandaranKulim

Sumber: Facebook Majlis Perbandaran Kulim