Vivy Yusof Bukan Lagi Ahli Lembaga Pengarah UiTM?

Sumber: The Star

Isu melibatkan usahawan yang juga merupakan pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof masih lagi hangat diperkatakan di media sosial.

Terbaharu, pada 27 September lalu media rasmi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam dalam satu posting terbaru telah memuat naik status penghargaan dan terima kasih kepada beliau atas khidmat bakti sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Terima kasih kepada YBhg. Datin Vivy Yusof atas khidmat bakti sebagai Ahli Lembaga Universiti daripada Pengerusi Lembaga…

Posted by Universiti Teknologi MARA – Media Rasmi on Sunday, September 27, 2020

Walau bagaimanapun setakat ini, masih lagi tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan daripada pihak UiTM mahupun Vivy mengenai perkara tersebut.

April lalu, satu petisyen mengeluarkan Vivy daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM telah meraih lebih 230,000 tanda tangan dalam tempoh masa tiga hari.

BACA: Kenali Mazril Mazlan, Individu Yang Mulakan Petisyen Keluarkan Vivy Daripada Lembaga Pengarah UiTM

Petisyen tersebut kemudiannya dinaikkan selepas beliau didakwa mempertikaikan bantuan pakej PRIHATIN yang diterima oleh golongan B40 dan M40 yang mana ianya dinafikan oleh beliau.

Vivy kemudiannya telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kedua golongan berkenaan dan memberitahu tindakan undang-undang akan diambil kepada pihak yang memutar belit kenyataan beliau sebagai cara mempertahankan diri.

Petisyen Keluarkan Vivy Daripada Ahli Lembaga Pengarah UiTM Raih Lebih 230,000 Tanda Tangan Dalam Masa 3 Hari

Dalam perkembangan terbaharu, Vivy (plaintif) menerusi  Tetuan Foong Cheng Leong & Co pada 15 Jun lalu dengan menamakan Alia Najwa Hassannudin, 28, selaku defendan tunggal.

BACA: Vivy Yusof Fail Saman Netizen Berhubung Isu Bantuan Pakej PRIHATIN B40, M40

Defendan dikatakan telah menerbitkan beberapa penyataan berkenaan plaintif dalam akaun Facebook dan Instagram milik defendan dan secara salah menyatakan bahawa plaintif mempersoalkan tindakan kerajaan membantu golongan B40 dan M40 sedangkan mereka tidak memberi apa-apa sumbangan kepada ekonomi negara.