Visa Haji

Visa Haji Furada/Mujamalah: Ini Apa Yang Bakal Haji Perlu Tahu Untuk Elak Dari Kena Tipu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lebih 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Agak menyedihkan kerana kes seperti ini berlaku hampir setiap tahun dan seolah-olah semakin berleluasa sehingga timbul kegusaran di kalangan mereka yang bakal menunaikan haji pada masa akan datang.

Rosma Ali di Facebooknya telah membuat satu perkongsian yang sangat bermanfaat mengenai isu visa Haji Furada atau Mujamalah ini bagi memberi sedikit kefahaman kepada orang ramai serta bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

Untuk kepastian, orang ramai juga boleh menyemak terlebih dahulu senarai syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) dari laman web rasmi Lembaga Tabung Haji di pautan berikut: https://www.tabunghaji.gov.my/en/list-pjh-1443h2022m

Visa Haji

Bagi yang tidak faham mengenai

VISA HAJI FURADA ATAU MUJAMALAH

Pertama-tama sekali, untuk makluman.

“Visa Haji (Furada atau Mujamalah) sememangnya wujud, tetapi bersifat akhir (last minit).”

Jemaah seharusnya juga faham dan mengerti akan risiko-risiko sebegini. Pihak syarikat juga perlu menerangkan kepada jemaah tentang status visa seperti ini (supaya tidak berlaku overclaiming).

Antara kelebihan PERGI Haji menggunakan Visa Furada atau Mujamalah ini ialah:

1) Tidak perlu untuk mendaftar Haji dengan Tabung Haji

2) Tidak perlu menunggu giliran, bila tahun untuk mengerjakan haji.

3) Fasiliti dan suasana di khemah-khemah Mashaer Haji juga agak berbeza (selesa).

4) Boleh pilih jumlah hari pakej.

Ada segelintir syarikat yang tamak dan berani mengambil pendaftaran sehingga mencecah 300 pendaftaran dalam satu-satu masa dan mereka sendiri tahu bahawa Visa Haji (Furada atau Mujamalah) tiada jaminan akan lulus kesemuanya.

Ada juga syarikat yang sengaja mengambil kesempatan kepada bakal jemaah haji ini dengan mengatakan kononnya boleh buat haji menggunakan Visa Pelancong.

Arab Saudi dah pesan awal-awal

“لا حج بلا تصريح”

Oleh itu, kepada syarikat pengendali yang mempunyai jemaah yang ramai (yang beratus-ratus bakal jemaah ni), jika tidak mampu “CONFIRMED” mengenai “KELULUSAN VISA HAJI” dan tidak mampu untuk berdaftar sebagai Syarikat “PJH”, saya sarankan agar buat kolaborasi bersama syarikat yang berdaftar sebagai “PJH” yang dikelola oleh TH.

Sesungguhnya Visa Furada dan Mujamalah itu adalah BENAR (wujud).

Yang menjadi FITNAH kepada visa ini adalah segelintir syarikat/individu yang nak kaut keuntungan tanpa memikirkan penat jerih orang lain dan juga kepada yang suka buat palatao.

Sekian.

توك شيخ الحرمين

– Alumni Dan Petugas Haji Furada / Mujamalah 2019
(Maktab 96)

Terima Kasih: محمد صوفي المدينة

#BackPackerz
#BackPackerzGo

BACA: 5 Tip Paling Berguna Yang Patut Diamalkan Oleh Setiap Jemaah Haji Malaysia

Sumber: Facebook Rosma Ali