KKM Gagal Lindungi Petugas Kesihatan

Virus Mutasi COVID-19 ‘D614G’ Dengan Sifat ‘Super Spreader’ Dikesan Di Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Berdasarkan ujian awal yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah berjaya mengesan virus mutasi COVID-19 dengan jenis D614G berada di Malaysia.

BACA: Kluster Sivagangga Merebak Lebih Cepat, Kini Sudah Merentasi Sempadan Negeri

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, virus mutasi ini didapati 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan lebih mudah merebak sekiranya disebar oleh individu super spreader.

Virus Mutasi COVID-19 ‘D614G’ Dengan Sifat ‘Super Spreader’ Dikesan Di Malaysia

Virus Mutasi COVID-19 ‘D614G’ Dengan Sifat ‘Super Spreader’ Dikesan Di Malaysia 1

Virus mutasi yang dikesan hasil daripada ujian pengasingan dan kultur terhadap tiga kes daripada Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivangangga dan satu kes daripada Kluster Ulu Tiram.

Walau bagaimanapun, Dr Noor Hisham memberitahu setakat ini kedua-duanya masih agak terkawal hasil tindakan kawalan kesihatan yang pantas di lapangan.

https://www.facebook.com/DGHisham/posts/3552118904811972

Terdapat beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji beberapa kes lain termasuklah bagi kes indeks kedua-dua kluster ini.

Virus mutasi yang ditemui saintis pada Julai 2020 ini berkemungkinan akan menyebabkan kajian vaksin sedia ada tidak berkesan terhadapnya.

Susulan itu, tindakan utama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah masih menggunakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam yang merangkumi displin mengikuti displin operasi standard yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) termasuklah penjarakan fizikal, pemakaian topeng muka dan menjaga kebersihan diri.

Semalam, satu lagi kluster baharu dikesan di Kedah iaitu Kluster Sala yang mana kes pertama (kes 9,148) merupakan lelaki warga negara yang dikesan positif pada 13 Ogos menerusi sistem survelan klinikal Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah.