Virus Misteri DItemui Di Brazil 1

Virus Misteri Ditemui Di Tasik Buatan Brazil, 90% Daripada Gen Tiada Dalam Pangkalan Data Saintis

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bosan dengan menu ayam masak merah? Tak pun ayam masak kicap dan ayam goreng?

Jom, apa kata kali ini cuba buat resipi ayam masak Thai pula. Mudah dan sangat sedap. Siapa yang gemarkan masakan yang masam masam manis, wajib cuba!

Bahan-bahan:
*300 gram ayam (dipotong)
*20 gram cili merah
*20 gram cili hijau
*2 batang serai (dihiris)
*50 gram bawang besar
*30 gram bawang putih
*100 gram sos Thai
*Sedikit minyak
*Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Goreng ayam sehingga garing kemudian asingkan.

2. Kisar bawang besar, bawang putih, cili hijau dan cili merah. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.

3. Masukkan ayam yang telah digoreng, garam, gula dan sos secukup rasa.

4. Gaul rata kemudian siap untuk dihidangkan.

Resepi Ayam Masak Thai

Mudah sangat. Kisar sahaja semua. Sesuai sangatlah untuk tekak orang Melayu yang gemarkan semua rasa dalam satu masakan.

Nota: Ada juga yang tidak suka kisar bahan-bahan tersebut. Makanya, hiris halus sahaja.

Sumber: Mingguan Wanita

Unik.

6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.