
Video Tular Pecut Atas Divider Bukti Myvi Kekal Jaguh Di Jalan Raya
Video tular pecut atas divider bukti Myvi keka jaguh di atas jalan raya.
Pada rakyat Malaysia, kereta Perodua Myvi sering kali mengungguli carta sebagai kereta paling handal dengan lagak ngeri yang kadang kala boleh dikategorikan sebagai tidak masuk akal.
Paling berpengaruh, paling laju, paling power, paling hebat dan semua yang paling paling boleh beri pada Myvi. Senang kata, Myvi dah boleh digelar Raja di atas jalan raya.
Yang terbaharu, satu video membabitkan kereta Myvi menjadi tular selepas dikongsi secara meluas di media sosial.
Dalam video yang dirakam menerusi dashcam pemandu berhampiran, kereta Myvi tersebut didapati memandu secara laju sebelum memotong kenderaan yang sedang berhenti di depannya dengan menukar jalan ke bahagian kiri.

Mungkin tidak tahu jalan tersebut mempunyai pembahagi jalan menyebabkan kenderaan tersebut bergesel dan bergerak di atas pembahagi jalan selama beberapa saat sebelum kembali semula ke ‘jalan yang benar’.
https://www.facebook.com/504023495/videos/10160164776498496/?extid=1WNvqZxv89G1yOTT
Biarpun kemalangan kecil tersebut telah menyebabkan keluarnya asap, pemandu Myvi tersebut didapati tetap tidak memperlahankan kelajuannya.
Kejadian yang dikatakan berlaku pada 5 September lalu di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) itu telah menyebabkan netizen sekali lagi kagum dengan kemampuan Myvi di atas jalan raya.
BACA: Modified Pintu Myvi Macam Lamborghini, Netizen Tertarik!
Namun janganlah kita tiru aksi berbahaya ini. Bernasib baik, tiadalah kemalangan yang berlaku. Kalau tak bernasib baik? Fikirlah sendiri apa akibatnya.
Maka dengan video ini terbuktilah Myvi memang king of the road!
One comment
Comments are closed.
[…] Kereta yang diberi gelaran manja ‘King’ ini didapati cukup luarbiasa dari segi pencapaiannya yang seolah-olah tidak pernah terbatas. […]