Video Muzik ‘Goyang Upin & Ipin’ Ditegur, Umpama Beri Peluang Fidofilia ‘Buat Kerja’ 1

Video Muzik ‘Goyang Upin & Ipin’ Ditegur Umpama Beri Peluang Fidofilia ‘Buat Kerja’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru sahaja dimuat naik semalam, video muzik dengan tema dangdut animasi Upin & Ipin, Goyang Upin & Ipin sudah pun mendapat lebih 1.52 juta tontonan.

Dalam video muzik tersebut, semua watak animasi tersebut termasuklah Kak Ros dan Tok Dalang dilihat sakan bergelek mengikut rentak melodi.

Memang terlihat agak menghiburkan, namun video ini telah mengundang rasa kurang senang daripada netizen kerana dikatakan seperti mengundang para penjenayah yang menyasarkan kanak-kanak sebagai mangsa mereka.

Video Muzik ‘Goyang Upin & Ipin’ Ditegur, Umpama Beri Peluang Fidofilia ‘Buat Kerja’
Sumber: Les’ Copaque

Video yang dimuat naik Les Copaque ini turut ditegur oleh seorang penceramah bebas mengenai isu jenayah kanak-kanak yang dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

Sudah trending di TikTok, perkara ini lebih menambah kebimbangan kerana boleh digunakan oleh pemangsa fidofilia untuk berkongsi di dalam kumpulan mereka.

https://twitter.com/akhifairuz_/status/1290559958040236032

Terdahulu, animasi Upin & Ipin menjadi mangsa individu tak bertanggungjawab dari Indonesia yang menghasilkan meme tidak senonoh daripada watak Kak Ros.

Dalam meme tersebut, watak Kak Ros dijadikan bahan jenaka dengan suntingan bersama foto alat permainan intim.

BACA: Rakyat Malaysia Diminta ‘Report’ Kepada YouTube Jika Terlihat Video Tidak Bermoral Upin & Ipin

Turut ditegur individu sama, Akhi Fairuz menjelaskan betapa mudah dan banyaknya video-video tidak bermoral menjadikan animasi sebagai bahan jenaka tidak senonoh individu-individu tidak bertanggungjawab.

Susulan itu, Les Copaque telah mengucapkan terima kasih kepada beliau dan meminta orang ramai untuk membuat aduan sekiranya terjumpa dengan video-video sebegini.