
Video ‘Live’ Abang Hot Burger Kembali, Kali Ini Edisi Kantoi Ponteng Sekolah
Video live Abang Hot Burger kembali, kali ini edisi kantoi ponteng sekolah.
Nama Abang Hot Burger sejak bulan Ogos lalu menjadi sebutan orang ramai apabila dengan beraninya membongkar premis perjudian dan aktiviti haram yang terdapat di kawasan Sungai Buloh.
BACA: Isu Tauke Burger Dan MBSA: Peniaga Kecil Di Sungai Buloh Turut Terkena Tempias
Dalam satu video live, Asri Hamid yang juga dikenali sebagai Asri Janggut mendakwa terdapatnya premis perjudian dan aktiviti haram di sekitar kawasan perindustrian Sungai Buloh dan meluahkan rasa tidak puas hati selepas beberapa gerai yang menjual burger pada waktu malam disita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedangkan beberapa kedai haram milik warga asing dan perjudian dibiarkan beroperasi tanpa tindakan.
Hasil daripada siasatan lanjut, rupanya berlakunya unsur sogokan kepada beberapa pegawai peguat kuasa supaya ‘menutup mata’ dengan apa yang berlaku.

Trending now



