Dr Malar

Video Dr Malar: Penjelasan Dan Huraian Lanjut Mengenainya Untuk Panduan Umat Islam

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hantaran video pendek spontan pegawai perubatan Dr Malar Santhi Santherasegapan yang dibuat menerusi TikTok dan laman Facebooknya, Celoteh Dr Malar untuk menegur segelintir umat Islam yang dikhuatiri terpesong akidah akibat meniru tema Bollywood yang keterlaluan mendapat maklum balas luar biasa dari netizen.

Hanya dengan kapsyen ringkas, โ€œSaya mintak izin sikit untuk tegur, maaf kalau ada salah dan silap ๐Ÿ™โ€, hantaran di Facebooknya sahaja kini telah dikongsi semula lebih 67K kali, mendapat 14K komen dan menerima 179K tanda suka dari rakyat Malaysia!

Ramai umat Islam juga didapati masih tertanya-tanya dan kurang jelas mengenai perbuatan dan amalan mereka selama ini dan ini diakui sendiri oleh Dr Malar melalui komennya berikut:

โ€œKepada yang PM/DM saya tanya apa perlu dibuat kalau you all dah pernah pakai sebelum ni, saya tak tahu jawapannya guys, saya bukan Ustazah ๐Ÿ˜

Mintak tolong sesiapa yang arif tentang isu ni tolong buat content sikit. Kalau yang dah terpakai/terbuat sebelum ni sebab dia tak tahu, sekarang nak bertaubat, apa patut individu tersebut buat, mintak tolong mana-mana ustaz/ustazah beri pencerahan.

Terima kasih ๐Ÿ™‚โ€

Seorang penulis dan penyelidik, Ahmad Iqram Mohamad Noor kemudiannya telah membuat hantaran berikut di Facebooknya bagi sama-sama membantu umat Islam untuk mendapat sedikit pencerahan mengenai isu ini. Jom ikuti penjelasan dan huraiannya berikut untuk sama-sama dijadikan panduan.

(Orang ramai juga boleh merujuk artikel ini yang pernah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tidak berapa lama dahulu untuk mendapat lebih kefahaman dari sudut syariah Islam)

Dr Malar

Dekorasi Dahi Tema Bollywood & Imej Keagamaan

Saya telah menonton video Dr Malar (Celoteh Dr Malar) memberi teguran yang sangat baik supaya wanita muslim tidak mengenakan Bindi (dalam bahasa Tamil disebut sebagai Pottu) di dahi sewaktu mengenakan pakaian bertemakan Bollywood atau Hindi. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih banyak atas teguran Dr Malar itu yang begitu peka akan isu sebegini.

Secara umumnya konsep simbolik โ€œhiasanโ€ di dahi ini masyarakat Hindu namakan sebagai Tilak. Tilak merujuk kepada apa-apa simbolik yang disapu di dahi seseorang penganut Hindu.

Ini kerana di dalam agama Hindu mereka percaya bahawa dalam diri batin seseorang itu terdapat 7 titik chakra yang perlu dibuka oleh seseorang untuk mencapai โ€œpencerahanโ€ bagi mendapat tahap spiritual tertinggi. Salah satunya adalah titik chakra keenam yang merujuk chakra di dahi yang dikenali sebagai Chakra Ajna atau Chakra Mata Ketiga.

Bagi penganut Hindu, mereka percaya dengan memakai Tilak di dahi ia membantu untuk membuka titik chakra tersebut di dahi.

Malah bagi setiap aliran penyembahan dewa dalam agama Hindu mereka memiliki simbolik berbeza di dahi. Jika seseorang itu beraliran penyembahan dewa Siva (Saivite) maka Tilak di dahi mereka akan berbentuk 2 atau 3 garis putih memanjang secara melintang di dahi.

Jika mereka aliran penyembah dewa Vishnu (Vaishnava) maka Tilak di dahi mereka akan berbentuk โ€œUโ€ dan โ€œVโ€.

Manakala bagi penyembah aliran Dewi (Shakta), mereka akan mengenakan tilak berbentuk titik dot merah di dahi. Begitu juga dengan masyarakat Hindu Bali, mereka mengenakan Tilak beras ditampal di dahi mereka.

Selain itu juga mereka memiliki satu lagi dekorasi di dahi khusus bagi wanita Hindu dengan dinamakan sebagai Bindi atau Pottu yang berbentuk pes merah yang disapu dot di dahi atau kadang kala digunakan permata atau manik. Bindi juga sinonim dengan simbolik keagamaan terutama menandakan perkahwinan bagi wanita Hindu.

Secara kesimpulan, dekorasi di dahi bagi imej penganut Hindu adalah merupakan simbolik dan identiti keagamaan dan bukan kebudayaan. Oleh itu, sebagai muslim imej sebegini adalah perlu dielakkan kerana ia termasuk dalam bentuk tasyabbuh (menyerupai) yang mana muslim dilarang menyerupai amalan dan imej orang bukan Islam yang jelas bersifat keagamaan. Sabda nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadis:

ู…ูŽู†ู’ ุชูŽุดูŽุจู‘ูŽู‡ูŽ ุจูู‚ูŽูˆู’ู…ู ููŽู‡ููˆูŽ ู…ูู†ู’ู‡ูู…ู’

Maksudnya: โ€œBarangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.โ€ Riwayat Abu Daud (4031)

BACA: Kecewa Tangga Batu Caves Sering Dijadikan Tempat Berjoging, Penganut Minta Hormati Rumah Ibadat

Sumber: Ahmad Iqram Mohamad Noor