Kenderaan Rasmi Vellfire Lebih Jimat Perdana

Vellfire Sah Kenderaan Rasmi Menteri, Dakwa Lebih Jimat Kos Sewaan Berbanding Perdana

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Vellfire Jadi Kenderaan Rasmi Menteri, Dakwa Lebih Jimat Kos Sewaan Berbanding Perdana.

Pengumuman penukaran kereta Toyota Vellfire 2.5L sebagai kenderaan rasmi untuk kegunaan menteri kerajaan Persekutuan telah menimbulkan kontroversi dan perbincangan netizen.

Bagi menjelaskan isu yang timbul, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengatakan bahawa bagi Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) telah pun mengambil kira kos sewaan bulanan lebih rendah.

Bahkan, penggunaan model Toyota Vellfire 2.5L bagi menteri-menteri persekutuan dibuat menggantikan Proton Perdana 2.4 Premium yang ditamatkan pengeluarannya pada 2014 lalu.

Dimaklumkan, kos sewaan setiap bulan bagi model Toyota itu ialah RM4,851.61 berbanding untuk Proton pula RM4,854.41. Ini bermakna penjimatan sebanyak RM2.80 setiap kenderaan sebulan.

Kenderaan Rasmi Vellfire Lebih Jimat Perdana

Kerajaan dalam jawapan bertulis di Parlimen ujarnya, memulakan proses penggantian KRJ tersebut pada April lalu dan telah membayar sejumlah RM1.42 juta setakat September lepas.

Mengulas lanjut, Kementerian Kewangan mengakui bahawa cadangan penggantian itu sebenarnya telah dipertimbangkan semasa era pentadbiran terdahulu tetapi terpaksa ditangguhkan.

Kementerian Kewangan turut berkata Proton Perdana sedia ada sudah berusia enam tahun. Ia menambah bahawa penggantian kenderaan menteri sepatutnya dilakukan setiap empat tahun.

BACA: Kelantan Mengaku Beli 14 Mercedes Benz Untuk Kegunaan Rasmi Kerajaan Negeri

Sumber: BH