Vaksin Untuk Covid-19 Mungkin Tersedia Dalam Tempoh 18 Bulan

Covid-19 Vaksin 18 Bulan
Sumber: SlashGear

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi nama rasmi baharu koronavirus yang pertama kali dikenal pasti di China pada 31 Disember lalu. Nama yang dipilih ialah Covid-19 sebagai singkatan Co untuk Corona, Vi untuk virus dan D untuk penyakit, menurut ketua WHO.

Katanya, nama rasmi bagi virus itu penting bagi mengelakkan penggunaan nama lain dan timbulnya stigma.

Dalam perkembangan lain, vaksin untuk merawat wabak Covid-19 ini boleh didapati dalam tempoh 18 bulan. Tedros berkata, buat masa ini perlu gunakan ubat anti-virus sedia untuk menghadapi ancaman ini.

Covid-19 Vaksin 18 Bulan
Sumber: AFP

Beliau turut mengingatkan agar seluruh dunia masih melakukan langkah-langkah pencegahan wabak ini.

Setakat Selasa, lebih 43,000 kes jangkitan Covid-19 direkodkan di seluruh dunia dengan jumlah kematian mencecah 1,019 mangsa.

Sumber: Reuters