vaksin COVID-19

Vaksin COVID-19 Pertama Dipatenkan China

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

China, titik meletusnya wabak COVID-19 telah mengesahkan bahawa mereka telah mengeluarkan paten pertama vaksin bagi virus ini.

Menurut ciapan di Twitter China Global Television Network (CGTN), China telah meluluskan paten vaksin pertama COVID-19, yang telah dikembangkan oleh pasukan pakar penyakit berjangkit PLA, Chen Wei. Sebelum itu, percubaan fasa kedua calon vaksin ini mendapati bahawa ianya selamat dan tidak menimbulkan tindak balas imun.

Penyelidikan vaksin ini melibatkan 320 orang sukarelawan yang sihat berusia di antara 18 hingga 59 tahun, di mana 96 orang telah mengambil bahagian dalam ujian klinikal fasa 1 dan 224 orang dalam ujian fasa 2 menurut agensi Berita Xinhua.

 

Xinhua menyatakan hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa vaksin ini secara efektifnya telah mendorong antibodi para sukarelawan dineutralkan dan menunjukkan kemampuan zat yang baik untuk memicu tindak balas imun dalam badan.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Rusia mengumumkan bahawa negara itu telah memulakan pengeluaran vaksin COVID-19 pertamanya, dan akan diperuntukkan secara awal kepada para doktor dan pekerja kesihatan sebelum diluaskan kepada orang ramai.

BACA: Daftar Selepas Dua Bulan Ujian, Keberkesanan Vaksin COVID-19 Rusia Diragui Saintis Dunia

Rusia secara rasmi mendaftarkan vaksin bagi virus ini yang pertama di dunia, yang dikembangkan oleh Gamaleya Research Institute of Epidemiology and Microbiology.

Namun, pengumuman itu menimbulkan keraguan di seluruh dunia ketika Rusia merancang untuk meneruskan percubaan fasa ketiga bersama dengan pengeluaran dan penggunaan vaksin.

Sumber: AA