Vaksin COVID-19 Hampir Ditemui, Bakal Tersedia Menjelang Jun Ini

Menurut laporan daripada Daily Mail, dalam tempoh beberapa hari lagi, vaksin untuk wabak COVID-19 (koronavirus) akan diuji pada haiwan dalam satu proses ujian.

Tidak akan menggunakan haiwan sebagai objek kajian, saintis akan menggunakan sukarelawan yang sihat dan jika dibuktikan berkesan, vaksin berkenaan akan digunakan kepada individu yang dijangkiti dengan koronavirus.

BACA: Vaksin Untuk Covid-19 Mungkin Tersedia Dalam Tempoh 18 Bulan

Menggunakan konsep hack genetic, vaksin berkenaan dikatakan sudah diuji pada tikus makmal dan keputusan daripada ujian berkenaan menggalakkan mereka untuk mengujinya pada sukarelawan.

Syarikat Moderna yang berpangkalan di Massachusetts ini dikatakan mengambil langkah berbeza daripada ‘langkah tradisional’ yang biasa dilakukan dengan menghasilkan RNA messenger yang boleh merangsang sistem imun tubuh bagi menghasilkan protein serupa dengan virus korona dan ‘membunuhya’.

Vaksin COVID-19 Dijangka Tersedia Jun Ini
Sumber: Berita Harian

Wabak koronavirus yang sudah diumumkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini sudah mengorbankan lebih 6,516 oang daripada jumlah kes yang dicatatkan sebanyak 169,605.

Saintis daripada beberapa buah negara terutamanya dari Amerika Syarikat dan Jerman dikatakan sedang rancak bersaing bagi mencari penawar kepada koronavirus yang sudah merebak ke 157 buah negara di dunia.

BACA: Saintis Tawar Ganjaran RM38,000 Kepada Individu Rela Dijangkiti Koronavirus

Menawarkan sejumlah besar wang ganjaran kepada sukarelawan yang dijangkiti, antara syarat yang diletakkan ialah mereka mestilah mempunyai tahap kesihatan yang baik

Wabak yang bermula daripada pasar basah Wuhan ini dikatakan akan berlanjutan sehingga musim luruh 2021 dengan kadar jangkitan sebanyak lapan juta; 15% daripada populasi di dunia.

Beberapa buah negara sudah menjalani perintah berkurung antaranya Manila, Itali, Denmark, Filipina dan Sepanyol bagi mengurangkan kuantiti penularan yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

Pekerja Malaysia Hilang Pekerjaan Koronavirus

Bukan itu sahaja, kebanyakan daripada negara dunia sudah mula menghentikan serta menangguhkan operasi syarikat penerbangan susulan daripada kegawatan yang sedang berlaku kini.

Di Malaysia pula, peningkatan mendadak 190 kes yang dicatatkan semalam menjadikan kes terkumpul adalah sebanyakk 428 kes termasuklah 42 yang sudah sembuh dan discaj serta sembilan lagi berada dalam keadaan kritikal.

Susulan daripada peningkatan secara mendadak itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menasihati orang ramai agar tidak mengunjungi kawasan tumpuan sekiranya tiada keperluan bagi mengelakkan jangkitan.

Sumber: Daily Mail