Surau Bergerak UUM 3

UUM Sedia Surau Bergerak Tampung Kapasiti Jemaah Pada Waktu Puncak

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Melihat kepada keadaan surau yang sesak dengan jemaah ketika waktu puncak, Pengarah Pusat Penginapan Pelajar (SAC) Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil inisiatif menyediakan surau bergerak sebagai kemudahan menampung kapasiti jemaah berlebihan.

BACA: Jepun Sediakan Masjid Bergerak Demi Kemudahan Umat Islam Sempena Olimpik 2020

Mengubah suai sebuah bas yang dikenali sebagai Musolla On Wheels dengan kerjasama Syarikat Bas Unic, surau bergerak di bawah program Unic Care sudah memulakan operasi sejak awal Februari lalu dan ditempatkan di kawasan parkir kereta UUM COLGIS.

Surau Bergerak UUM 2

Mampu menempatkan antara 15 hingga 17 orang jemaah dalam satu-satu masa, surau ini dibuka bermula 12.30 tengah hari sehingga jam 6 petang.

Turut dilengkapi dengan ciri-ciri moden dan kemudahan asas seperti tangki air, paip wuduk, penghawa dingin, selipar dan sejadah, setakat ini ianya hanya untuk kegunaan pelajar lelaki.

Terdahulu, bersedia bagi menghadapi temasya berprestij Olimpik 2020, Jepun telah menyediakan Masjid Bergerak yang dikendalikan oleh Yasu Project khususnya bagi mereka yang beragama Islam.

Masjid yang pada asalnya adalah sebuah trak 25 tan telah diubah suai di bahagian belakang trak bagi memberi kemudahan umat Islam menunaikan solat sepanjang berlangsungnya temasya Sukan Olimpik 2020.

Mendapat idea untuk membangunkan projek itu ketika menghadiri lawatan ke Qatar empat tahun lalu, usaha Ketua Pegawai Eksekutif, Yasuhara Inoue dipuji kerana melihat jauh ke hadaan dengan niat mahu mempromosikan keamanan dunia.

Sumber: UUM, Harian Metro