
Utusan Melayu Bakal Buat Kemunculan Semula Mei Ini
Utusan Melayu bakal buat kemunculan semula Mei ini.
Sejak Ogos tahun lalu, syarikat akhbar Bahasa Melayu, Utusan Malaysia tidak henti-henti dilanda kontroversi. Sudah beroperasi selama 80 tahun, Kumpulan Utusan akhirnya mengumumkan Utusan Melayu akan menghentikan operasi secara rasminya pada 31 Oktober 2019.
BACA: Kumpulan Utusan Melayu Bakal Tamatkan Operasi Hari Ini?
Awal November lalu, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof pernah memberitahu bahawa syarikat akhbar tersebut akan membuat semula kemunculan pada awal tahun 2020.

Setelah berhadapan dengan masalah aliran tunai dan pelaburan, syarikat Utusan Melayu Berhad, Dilof Sdn Bhs telah menyerahkan 70% kepentingan kepada Aurora Mulia Sdn Bhd, iaitu syarikat pemegang saham utama Media Prima.
BACA: Akhbar Utusan, Kosmo Kini Milik Media Prima
Desas desus ini bermula apabila iklan pencarian calon untuk lima jawatan oleh syarikat akhbar Media Mulia Sdn Bhd telah dimuat naik di laman Facebook Utusan Online pada 22 Januari lalu.
https://www.facebook.com/UtusanOnline/photos/a.10151875807821347/10156834561871347/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARBiaPgWSIFaRsbSuROwCBaTfQOze__uW59NlQFKHi6pHA_nPPJe62lLZLajitZQfSkMV29j2GWRtFH3aFceogggWhjgEISfHaKagdaddj8R_OqB5kxND-JxYxYLqp4slFyXGseGwdGRENWjNQeDSUa6KH2J9Fn4gu6fnySoM7xszP7VPrTvq44vC90XWAv1pln63_C5CWztiF-AH_uVih1eIivPmq3ausGSKk0XYz7QCKM9VxtIl1UFHbJ3KpKxn4fiZuBYbxJGCw_nRYtHCD9B7hB0wGCjnJCxZxdk3aBaLQ9Xc9AdrtSuQ2EwqlRtOEYafJI–PlTzqOhjZkJ&__tn__=-R
Setiausaha cawangan Kesatuan Wartawan Kebangsaan, NUJ-Utusan, Muhammad Bashir Abu Bakar ketika dihubungi pihak MalaysiaKini memberitahu bahawa Utusan Melayu aan memulakan operasi seawal Mei di ibu pejabat New Straits Times Press (NSTP) di Bangsar.
BACA: “Aku Bukan Lagi Wartawan” Baca Luahan Hati Lelaki Ini Selepas Kumpulan Utusan Disahkan Tutup
Tiada arahan untuk bekas pekerja kembali kerana kekosongan itu terbuka kepada semua dan bekas pekerja telah digalakkan untuk memohon namun tiada janji bahawa mereka akan diambil semula kerana kesemua yang memohon akan melalui proses temuduga yang sama.
Sumber: Bebas News