Utusan Melayu Ditutup

Utusan Melayu Akan Kembali Awal 2020 – Menteri Pembangunan Usahawan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak Ogos lalu, syarikat akhbar Bahasa Melayu yang sudah mencecah usia 80 tahun tidak henti-henti dilanda kontroversi akan menutup operasinya akibat daripada ketidakmampuan menanggung kos operasi sejak beberapa tahun lalu.

BACA: Kumpulan Utusan Melayu Bakal Tamatkan Operasi Hari Ini?“Aku Bukan Lagi Wartawan” Baca Luahan Hati Lelaki Ini Selepas Kumpulan Utusan Disahkan Tutup

Akhirnya awal Oktober lalu, Kumpulan Utusan mengumumkan mereka akan menamatkan operasi dengan pengeluaran satu memorandum pekeliling bahawa tarikh akhir bekerja adalah pada 9 Oktober dan 31 Oktober sebagai tarikh akhir perkhidmatan.

Utusan Kosmo Media Prima
Sumber: Utusan

Namun semalam, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof mendedahkan bahawa syarikat akhbar tersebut akan membuat semula kemunculan pada awal tahun 2020 pada satu program di Tenggayun, Johor.

“Utusan masih ada. Ia akan dilancarkan semula InshaAllah sekitar Tahun Baharu (2020).

Utusan akan membantu menyebarkan maklumat mengenai pelaksanaan dasar (kerajaan), yang mana beberapa daripadanya telah dilakukan dan sedang dilaksanakan sekarang.”

Sumber: NST

Jangan lupa saksikan The Rise of Skywalker hujung tahun ini.

STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER Trailer #1 (2019) Disney

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI