
Ustaz Shauqi Hasan Kupas Isu Jual Air Zamzam Secara Haram, Ini Apa Yang Umat Islam Di Malaysia Perlu Tahu
Walaupun air zamzam dibenarkan untuk dibawa pulang ke tanah air, kerajaan Arab Saudi melarang sebarang aktiviti untuk mengeksportnya secara besar-besaran.
Air zamzam yang dibenarkan untuk dibawa pulang oleh jemaah haji dan umrah pula adalah terhad dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh syarikat penerbangan.

Kebelakangan ini, wujud pihak-pihak tertentu yang cuba mengaut untung dengan menjual air zamzam secara haram.
BACA: Tular Video Larangan Jemaah Bawa Pulang Air Zam Zam, Wanita Ini Beri Penjelasan Sebenar
Ustaz Shauqi Hasan melalui satu hantaran di Facebook telah menjelaskan mengenai hal ini bagi mengelakkan kekeliruan seterusnya menyedarkan umat Islam di Malaysia mengenai nilai kesucian sebenar air zamzam.

Bagi orang Melayu Islam Nusantara, kalau pergi umrah tak bawa balik air zamzam, macam tak berapa nak sedap hati tu. Itulah dilema bila dah sampai Mekah tapi tak bawa pulang ‘buah tangan’ dari Tanah Haram.
Semenjak dibuka pintu umrah bermula November tahun lalu, air zamzam sudah tidak dijual dan tidak dibenarkan untuk dibawa pulang melalui airport baru Jeddah. Di airport Madinah dan airport Jeddah lama, masih boleh seperti biasa.
Isu ini dijangka hanya bersifat sementara. Berikutan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz (KAIA) di Jeddah yang baru belum dilengkapi mesin conveyor.
Apabila timbul isu air zamzam tidak dibenarkan dibawa pulang, maka ramailah yang ‘berusaha’ untuk memastikan jemaah dapat membawa balik melalui pelbagai jalan. Paling mudah ialah mendapatkannya melalui pembekal dan penjual di tanah air.
Untuk makluman, kerajaan Arab Saudi telah menyatakan export air zamzam telah lama diHARAMkan semenjak dahulu lagi. Pembawaan keluar air zamzam hanya dibenarkan kepada jemaah haji dan umrah sahaja dengan setiap seorang hanya dibenarkan bawa 1 botol 5 liter sahaja.
Menjual air zamzam dari segi hukum juga dilarang dalam agama.
Air zamzam adalah air yang berkah, tapi persoalannya macamana nak dapat keberkatan melalui jalan yang HARAM?
BACA: Eksploitasi Air Zam-Zam Hukumnya Tetap Salah Di Sisi Syarak – Mufti
Selagi kita melihat air zamzam itu sesuatu yang ajaib dan bersifat superficial tanpa memahami maksud dan maqasid di sebalik falsafah zamzam maka kita akan terus mencari keajaiban air sampai bila-bila.
Sedangkan cetusan zamzam yang sebenar adalah ilmu yang Allah simpan di dalam telaga yang tersembunyi. Khusus buat mereka yang berusaha ‘berjalan’ mencari ilmuNya di Tanah Haram bermula dengan IQRA’.

Setelah selesai tawaf mencari batu hitam, melihat kembali kehidupan dengan memutarkan usia dari hari pertama kita hidup mengaku sebagai Muslim.
Bersaie ‘di antara dua bukit’ mencari air yang telah lama hilang ditelan masa dan dunia yang berubah.
Jadi air apa yang kita sedang cari selama ini?
Sejauh ke tanah suci Mekah kita mencarinya, adakah hanya untuk menghilangkan dahaga atau menyucikan hati dengan mengharapkan keajaiban semata-mata?
Air itu analogi ILMU.
Shauqi Hasan
Mutawif Rare
Sumber: Shauqi Hasan