
Ustaz Abdul Somad ‘Terhimpit’ Jadi Rebutan, Ramai Wanita Mahu Jadi Isteri Kedua
Ustaz Abdul Somad, 45, pendakwah terkenal dari Indonesia telah membuat pengakuan bahawa dirinya kini sedang ‘terhimpit’ dengan ramai wanita yang mahu berkahwin dengannya meskipun mengetahui beliau sebenarnya sudah beristeri.
Beliau yang juga dikenali dengan gelaran UAS mendakwa, ketika berceramah di sebuah sekolah pondok di wilayah Jawa Barat baru-baru ini, terdapat ramai wanita yang mahu menjadi isterinya malah sanggup bermadu.
“Saya, biarpun sudah tua begini, masih banyak yang menulis komen-komen seperti ‘ustaz jadikan saya yang kedua.’ Padahal, saya sudah berkahwin dan sudah tua,” jelasnya.
Selepas bercerai dengan bekas isterinya, Mellya Juniarti pada 2019, UAS menamatkan zaman duda setelah berkahwin semula pada 2021.
Menurut laporan, UAS berkahwin dengan Fatimah Az Zahra yang ketika itu berusia 19 tahun dengan menyerahkan mas kahwin berupa 244 gram emas.
BACA: Amaran Buat Perampas Suami/Isteri Atau ‘Penyondol’
Sumber: KOSMO!