SK SJKC

‘Usik Sikit, Kau Tunggu’ – Guru Dedah Wujud Perbezaan Cara Mendisiplinkan Murid Di SK vs SJKC

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Banyak perbezaan ketara dilihat di antara dua jenis sekolah di Malaysia iaitu Sekolah Kebangsaan atau SK dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) atau SJKC.

Dari segi soal pembelajaran, penglibatan ibu bapa sehinggalah masalah disiplin murid, masing-masing mempunyai penekanan yang berbeza.

Seorang guru, Akmal di Facebooknya telah mendedahkan isu perbezaan cara mendisiplinkan murid di SK dan SJKC.

Hantarannya berikut telah menerima pelbagai reaksi dari warganet di ruangan komen:

SK SJKC

Bila anak tak boleh langsung disentuh.

Posting pertama aku, SJKC. Setiap guru memang bawa rotan sorang satu. Pantang murid tak bawa buku, tak siap kerja rumah, habis. Confirm kena.

Kalau kesalahan berulang, kau akan dipanggil ke pejabat dan dirotan pula oleh guru besar.

Kalau ada mak ayah yang tak puas hati?

“Kalau tak suka cara sekolah ni didik anak, boleh bawa anak tukar ke sekolah lain.”

Simple.

Tapi bila di Sekolah Kebangsaan kau buat begitu, kau yang habis.

Usik sikit, kau tunggu. Sampai ke rumah mak kau, mak bapak dia cari. Hahaha.

Sampai satu masa, kau dah malas.

Nampak budak kurang ajar pun, kau biarkan.

Budak buat isyarat lucah? Abaikan.

Ikut panas hati, memang panas. Tapi untuk apa kau berlebihan?

“Kau bukan anak aku. Kau nak kurang ajar ke, melucah ke, siapa kau pada aku?”

Dah kalau didikan macam ini yang mak ayah kau nak, kita bagi sahajalah.

Gaji aku sikit pun tak terusik. Hati pun senang. Kau nak belajar, belajar. Kalau tak nak?

Itu bukan hal aku lagi!

—–

Antara komen yang diterima adalah seperti berikut:

“Betul, anak saya 3 orang di SJKC, memang disiplin tinggi kat sekolah, tak siap keje sekolah memang alamatnya lambatlah keluar kelas selagi tak siapkan, tiap pelajar dibekalkan ‘buku posmen’ yang bermaksud segala pesanan/arahan guru kelas akan disampaikan melalui buku tu (selain makluman dalam Group WhatsApp), di kantin pun ada cikgu yang pantau, tiada bangkangan dari segi yuran PIBG, yuran kelas tambahan bawah PIBG atau apa sahaja berkaitan dengan sekolah, semua parents akur dan beri sokongan, tiada jugak rasis sebab layanan cikgu sama rata pada pelajar berlainan bangsa.” – Hasniza Idris

“Sebenarnya… Ibu tu tak marah kalau rotan kat tangan ka kaki ka yang dia marah buat di tempat yang salah…. Orang tua-tua pun pantang kalau buat dari pusat ke kepala… Akak pun pernah ja anak-anak kena rotan… Akak cakap padan muka ja.. Sebab tau depa buat salah…. Cuma satu peristiwa yang akak tak boleh lupa anak perempuan pernah kena katok kepala dengan batang penyapu…malas nak buat report… Hanya sebab pi tandas ja… Mujur sejarah tak berulang kalau berulang memang buat kes la…. Kalau rotan kat kaki atau tangan tak ada nya akak nak marah…. Akak pun tau anak-anak macam mana…” – Surani Surani Binti Yusof

“Saya keje runner, pernah pagi-pagi dapat job hantar homework kat murid SJKC.. ngam-ngam sampai kelas, cikgu tengah dok denda murid-murid.. depa punya garang, Na’uzubillah, teringat masa kita sekolah dulu kecik-kecik 😂😂 nak pass barang pun seram😂😂 – Muhammad Adib

“Tak siap kerja? Nanti siapkan ya. ~~~sambung tengok buku murid lain. Kesah pulak aku. Nasib mak pak kau laaaaa. It’s too risky to take any action on pupils nowadays. I prefer playsafe.” – Fieda Rofayadalha

“Cikgu, salam. Saya cikgu SJKC. Sebenarnya, sama saje tak kira SK ke SJKC .. parents SJKC pun banyak yang manjakan anak…banyak complaints jugak…katanya cikgu boleh rotan anaknya, tapi kalau betul-betul kita kenakan hukuman, nama cikgu dah papar di media sosial..” – Tiffany Teoh

Adakah anda bersetuju atau tidak mengenai dakwaan wujudnya perbezaan cara mendisiplinkan murid di antara kedua-dua sekolah SK dan SJKC ini? Jangan lupa tinggalkan komen anda juga.

BACA: Guru Ini Kongsikan Mengapa Senario Ibu Bapa Liat Beri Sumbangan Tidak Berlaku Di SJK

Sumber: Facebook Akmal