
‘Usain Bolt Malaysia’ Catat Rekod Baharu Dengan Catatan Masa 10.43 Saat
Remaja 15 tahun, Muhammad Azeem Fahmi yang menggegarkan arena olahraga negara Mac lalu apabila memenangi acara 100m di Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara di Filipina dengan catatan masa 10.69 saat kembali mencuri tumpuan penonton semalam.
Ini kerana Azeem berjaya merekodkan bacaan 10.43 saat untuk bergelar sebagai juara di Sirkit Olahraga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Kuala Terengganu semalam.
Walau bagaimanapun, rekod tersebut tidak boleh diiktiraf kerana ianya ialah berdasarkan kiraan ‘hand timing’ yang jika dicatat dengan menggunakan masa elektronik berkemungkinan sekitar 10.50 saat sehingga 10.60 saat.
Beliau yang tetap berpuas hati dengan prestasi konsistennya dijangka akan kembali beraksi di Kejohanan Innotex Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 16 dan 17 November akan datang.
Azeem yang pernah merakam catatan masa 21.15 saat di Kejohanan Sekolah-Sekolah Sukan Thailand di Khon Kaen awal Ogos lalu dinobatkan sebagi pelari ketiga terpantas negara sekaligus menjadikan beliau sebagai pelari bawah usia 16 tahun terpantas dunia pada ketika itu dan terbaik sepanjang zaman dalam kategori usia 14 tahun.
Dalam acara Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Johor, Azeem juga pernah mencatat masa sebanyak 21.24 saat bagi kategori 200m.
Sumber: Harian Metro
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1Pv2V7F9dl/
Trending now



