
Usahawan Kosmetik Dibebas Dengan Jaminan Polis
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri telah dibebaskan dengan jaminan polis sebaik siasatan ke atasnya selesai dijalankan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata pihaknya telah menahan usahawan kosmetik itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beliau mendera anak angkat perempuan berusia dua tahun, semalam.
Kejadian yang berlaku pada 28 Februari itu difahamkan terjadi di kediaman usahawan itu dan sehari kemudian, pembantu rumahnya membuat laporan polis sebagai perlindungan diri.
Polis sudah merakam percakapan terhadap empat saksi lain termasuk mereka yang berada di rumah usahawan terbabit yang terletak di Petaling Jaya.
Menurut laporan media, berdasarkan aduan pengadu, suspek memukul anak angkatnya pada Jumaat lalu di kediamannya sewaktu ingin merakam gelagat kanak-kanak itu sedang menangis untuk tujuan publisiti.
Mangsa yang berusia dua tahun dipukul dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicubit sehingga meninggalkan kesan pada badannya.
Sidang media oleh Aliff yang sepatutnya berlangsung pada jam 3 petang bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu telah dibatalkan dengan alasan kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.
Sumber: BH
Trending now



