Usahawan Air Rampas Status ‘Orang Paling Kaya Di China’ Milik Jack Ma 2

Usahawan Air Rampas Status ‘Orang Paling Kaya Di China’ Milik Jack Ma

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pengasas Alibaba.com, Jack Ma tidak lagi memegang status sebagai orang paling kaya di China selepas gelaran tersebut dirampas seorang usahawan air.

Zhong Shanshan yang memiliki syarikat air botol Nogfu Spring Co cukup popular dalam kalangan pelabur runcit di Hong namun perniagaan ini bukanlah yang menjadi penyumbang besar kepada status tersebut.

Usahawan Air Rampas Status ‘Orang Paling Kaya Di China’ Milik Jack Ma 1
Sumber: BBC

Sebaliknya, syarikat pengeluar vaksin miliknya, Beijing Wantai Biological Pharmacy Enterprise Co yang berjaya menjana lebih RM83.3 bilion menjadi penyumbang besar kepada gelaran tersebut.

Tersenarai sebagai orang paling kaya di China, Zhong melakar sejarah tersendiri apabila berada sebaris dengan jutawan dunia lain yang mana sebelum ini selalu dikuasai oleh pemain industri teknologi.

BACA: Sulaiman Al Rajhi, Pemilik Bank Al-Rajhi Bergelar Jutawan Tanpa Harta

Laporan Bloomberg Billionaires Index semalam mencatatkan nilai pendapatan bersih yang diperoleh Zhong ialah RM244.57 bilion, RM8.33 bilion lebih banyak daripada nilai kekayaan Jack Ma.

Dalam senarai dunia, Zhong berada di kedudukan ke-18, mengatasi jutawan Charles Koch, pemain perindustrian dan bekas pengasas bersama Nike, Phil Knight.

Usahawan Air Rampas Status ‘Orang Paling Kaya Di China’ Milik Jack Ma
Sumber: The Standard

Terkenal sebagai ‘Lone Wolf’ kerana sering menjauhkan diri daripada kumpulan ahli perniagaan dan politik, untuk tahun ini keuntungan perniagaan yang dicatatkan Zhong dikatakan melonjak sehingga RM12.46 bilion yang mana nilainya lebih banyak daripada nilai keuntungan yang dicatatkan oleh pengasas Amazon.com Inc, Jeff Bezos dan pengasas Tesla Inc, Elon Musk.