UPSR Dan PT3 Dibatalkan, STPM, SPM Dan SVM Dianjakkan Ke Tahun 2021

UPSR Dan PT3 Dibatalkan, STPM, SPM Dan SVM Dianjakkan Ke Tahun 2021

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dalam sidang media hari ini, Menteri (Kanan) Pendidikan, Dr Radzi Md Jidin mengumumkan bahawa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini dibatalkan.

BACA: PPSMI Dikembalikan: Dunia Pendidikan Bakal Berdepan Episod ‘Kegagalan’ Kedua

Pembatalan kedua-dua peperiksaaan ini bagaimanapun tidak menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan pelajar.

Menurut Dr Radzi, satu kaedah baharu untuk PT3 akan diperkenalkan manakala untuk UPSR yang merupakan kriteria pemilihan bagi kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kaedah baharu yang tidak hanya menumpukan pada prestasi akademik semata-mata.

Pelaksanaan PPSMI Ditentang Jejas Prestasi Pelajar 1

Manakala. bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) kan ditunda sehingga suku pertama tahun 2021.

Memberitahu bakal mengumumkan tarikh pembukaan sekolah sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka, sebelum ini KPM mengumumkan akan menyediakan sesi pembelajaran melalui televisyen iaitu di saluran RTM TV Okey.

https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1880796638720210/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARCkrcJ9RH05nO4KlugyrOzy4z_6KjgfMm2gDJRw4Pd1ZXSDlFRga9vYgDSlfOvfVmvlJ5sKG6X8QQDG2k5dwkI-FI9LMdTaHLVr18_Vq6k3M8CAwRXoJ9FwacWxchTT3V6YhhZ71XoA9FB8FSYaV-37QkJMduh2b4ast-gmoicnKq5SUx5oDFdOPIYM0wbaxxO8vHgGFKP0Bs3ZQEAhEJDSAPxCdZjoPRGFE9PxNLQyaOQ5tKCMRzfmkEyH_cHFDFyWAtZHn777cBXpFPzFB4I0NnI5aUw9NxU2RxaxsasQRrO1zVCH__Ze4qOrpeJTi1DEDfuELkJFu7G3LuUXyVGHxMYC&__tn__=-R

Minggu lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu sesi persekolahan akan ditangguhkan sehingga kerajaan benar-benar yakin Malaysia kembali pulih daripada wabak COVID-19.

Cakna dengan kebimbangan ibu bapa yang mahukan penutupan sekolah dilanjutkan, pembelajaran sekolah kini dilaksanakan dari rumah atau pun home based learning sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Perintah Kawalan Pergerakan yang mula dilaksanakan sejak 18 Mac lalu kini telah memasuki fasa ketiga yang mana pengawalannya lebih ketat yang mana dulunya kompaun RM1,000 telah ditukarkan kepada penahanan terus, tindakan reman dan mahkamah.

https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1890495814416959/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARBcX1PoZ0gY0nO1NlmOEZvXXbhL5WHcx0SesWp01PgrZrV55a93g4vXnURkxawJyVnOgZrUG8JdKJLKdBHna8zWnwmkd7eYQMy-CvYcgSqxIaVtMNABaT0AmqL77l14gR2XQbaHib3euy_84Fv-28h9z5-0rR-XyR8FaEUWXAr8qxQhwo38aIJwmxQnuOO4HiDr_DWX7Vua57kOXZQnXsnrOBmPN6Cpx4tLyz-RyeNkruYXXSiFYnlDpZZoUGi9DUAi9bEvnaKq3WKVI-hmR7r_W3BhbheRbEAfsCkNyaogckrhopjBlMDkQEprAXiIgCtA7-lWUle_8UohDE-FsciOhZ1E&__tn__=-R

Masih lagi bakal didakwa mengikut  Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Akta 324), mereka yang ditahan akan tergolong dalam kategori penjenayah yang mengingkari arahan atau perintah kerajaan untuk kekal tetap di rumah.

Sumber: Berita Harian