UPM Dakwa Terima Tekanan KPM Tangguhkan Program Syarahan Abdul Hadi

Program syarahan akademik yang bertajuk ‘Bicara Esklusif Islam Membawa Kesatuan’ yang akan disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam semalam terpaksa ditangguhkan.

Penangguhan program anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) yang turut diumumkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi menerusi laman Twitter dan Facebooknya 18 November lalu.

Penangguhan Program di UPM.Pihak kami telah dimaklumkan, program syarahan akademik yang dijadualkan akan disampaikan…

Posted by Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang on Sunday, 17 November 2019

Perkara yang disahkan oleh Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman yang mendakwa ianya dibuat oleh pihak universiti atas faktor yang tidak dielakkan.

Menurut wakil Majlis Perwakilan Pelajar UPM, program tersebut ditangguhkan tanpa sebab yang kukuh dan hasil desakan daripada pihak Naib Canselor yang turut ditekan oleh ‘pihak belakang’ atau ‘tangan-tangan ghaib’ iaitu pihak daripada Kementerian Pendidikan.

Dalam kenyataan surat tersebut, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM meminta PMIUPM selaku pengajur Karnival Inspirasi Putra menangguhkan program berkenaan dan akan diganti dengan sesi Wacana Intelek yang akan diadakan kelak.

Penangguhan Program UPM Abdul Hadi 1

PMIUPM meluahkan rasa kecewa kepada KPM kerana tindakan mereka dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dalam mendukung aspirasi kebebasan akademik dan pemerkasaan autonomi universiti yang dibawa oleh Dr Maszlee Malik selaku Menteri Pendidikan.

Turut hadir menyuarakan ketidakpuasan hati berkenaan isu ini ialah persatuan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Siswa PAS.

Difahamkan Jumaat ini (22 November) satu memorandum akan diserahkan di KPM bagi menuntut penjelasan mengenai sekatan kehadiran Datuk Seri Abdul Hadi.

Sumber: Sinar Harian, Malaysia Gazzette

Dalam banyak-banyak filem P. Ramlee, mana satu yang paling kau orang ingat.

Babak Epik Filem-Filem P. Ramlee

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.