
Unsur Negatif Dalam Siri Kartun Popular Yang Tidak Wajar Jadi Tontonan Kanak-Kanak
Terdapat kerisauan di kalangan ibu bapa mengenai siri kartun yang disajikan untuk tontonan kanak-kanak di Malaysia pada hari ini yang didapati agak kurang sesuai.
Bukan sahaja tidak senonoh serta bertentangan dengan amalan, nilai murni dan budaya tempatan, siri kartun ini juga didapati tidak memaparkan adab dan akhlak yang baik untuk dicontohi oleh kanak-kanak.
Pengasas Uthman Academy, Mohd Fhais Salim membuat satu hantaran di Facebooknya bagi mengulas mengenai isu ini dengan memberikan 3 contoh siri animasi popular yang wajar dilarang oleh para ibu bapa dari ditonton oleh anak mereka.
Beliau juga mengesyorkan aplikasi Durioo+ yang boleh digunakan oleh ibu bapa sebagai alternatif. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca perkongsiannya yang sangat bermanfaat ini.
Ini top 3 kartun kita kena banned anak tengok!
Walaupun kartun ni famous tapi saya benci dengan jalan cerita dan mesej yang dibawa mereka.
1) Shin Chan
Cerita ni mengajar bercakap bahasa tak senonoh. Feewit, hai gadis cantik dan sebagainya.. tambahan pula si Shin Chan ni suka tunjuk private part seperti bontot dan penis seolah-olah ia okey, ish.. tak senonoh betul..
Paling tak suka bila suka merendah-rendahkan darjat wanita dan langsung tidak menghormati mereka. Dengan ibu sendiri pun dia panggil Misae gemuk, buncit..
2) Hagemaru
Ini lagi satu, watak budak botak kecik ni sebenarnya mengajar anak kita untuk bercakap bohong, selfish, tak hormat orang tua, sesuka hati guna/ambil barang kepunyaan orang lain dan tiada adab.
Nampak je cerita ni ditayangkan cepat-cepat saya suruh tukar channel. Memang kelakar, anak ketawa tengok tapi risau ‘mesej negatif’ yang meresap masuk ke dalam otak anak-anak.
3) Tom & Jerry
Apa kejadah cerita kartun untuk budak-budak tapi penuh dengan adegan agresif dan keganasan. Dari mula sampai akhir kerjanya bergaduh, pukul-memukul, bunuh-membunuh..
Tak ada nilai murni yang disampaikan melainkan jika kita tak suka seseorang tu, gaduh je!!
Haish.. jangan pelik la kalau adik-beradik kat rumah tu asyik bercakaran macam anjing dan kucing je..
Pengaruh kartun dan animasi ni sebenarnya pengaruh besar dalam pembentukan personaliti dan karakter anak-anak kita.
Tapis baik baik cerita yang ditonton dan pantau rapat rapat konten yang anak lihat di TV dan Gajet.
Sebaiknya pilih la kartun yang banyak bawa mesej murni, nilai-nilai terpuji, ajar tentang adab, hormat orang tua dan sopan dalam berkata-kata.
Nak lebih mudah guna aplikasi Durio je, 100 peratus semua konten dah ditapis dan selamat dari unsur unsur negatif…
1 akaun boleh guna di TV, Telefon, Tablet serentak 3 peranti.. sangat puas hati Durio ni..
Tekan sini ya:
https://durioopluspro.onpay.my/order/form/dp01-0109/Kiddo
BACA: “…Ambil Gunting Nak Cucuk Adik Dia” – Ibu Risau Anak Jadi Ganas Lepas Tonton Siri Kartun
Sumber: Mohd Fhais Salim