
Universiti Jepun Lancar Fakulti Anime Dan Manga, Kemasukan Pertama Pada April 2021
Ada yang berminat nak sertai Fakulti Anime dan Manga di Jepun?
Anime dan manga Jepun memang tidak dapat dinafikan popularitinya, sehingga ianya menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi Jepun.
BACA: Bagaimana ‘One Piece’ Berjaya Bantu Dalam Menaikkan Ekonomi Jepun?
Tidak lagi perlu belajar sendiri, sebuah universiti swasta di Jepun kini menawarkan pembelajaran bidang ini secara rasmi dengan mewujudkan Fakulti Anime dan Manga khas buat 80 pelajar terpilih.

Fakulti yang baru sahaja mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun ini akan dijangka akan dirasmikan pada April 2021.
Untuk melengkapkan pengajian, pelajar diperlukan untuk memenuhi keperluan 600 jam pengajian termasuk teori dan praktikan dari pencipta anime dan manga terkemuka negara; animator, pengarah dan artis manga profesional.

Permohonan untuk memasuki fakulti ini boleh dibuat bermula 1 Disember dan setiap daripadanya akan ditapis terlebih dahulu dengan ujian pertama pada 19 Disember 2020.
Jika anda bertuah, mungkin anda boleh meneruskan pengajian dengan tajaan biasiswa!
Antara prospek kerjaya yang boleh diceburi para graduan Fakulti Anime dan Manga, Universiti Profesional Kaishi, Niigata ini adalah pengarah animasi, artis manga, perancang watak, ilustrator dan penyelidik animasi.

Sebelum ini, Jepun telah menghasilkan lulusan pengajian ninja pertamanya, Genichi Mitsuhashi di Universiti Mie yang terletak dalam sebuh wilayah yang dianggap sebagai wilayah ninja selepas menghabiskan dua tahun mengasah kemahiran seni pertahanan diri dan tradisi bersini agen pertahanan era feudal tersebut.
BACA: Jepun Hasilkan Graduan Sarjana Pertama Pengajian Ninja
Malah tahukah anda Onie Piece merupakan salah satu karya anime yang berjaya meningkatkan ekonomi Jepun?
Baca lanjut di: Bagaimana ‘One Piece’ Berjaya Bantu Dalam Menaikkan Ekonomi Jepun?