Universiti Ini Benarkan Pelajar Bayar Yuran Dengan Buah Kelapa

Universiti Ini Benarkan Pelajar Bayar Yuran Dengan Buah Kelapa Untuk Ringankan Beban Kewangan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Universiti Ini Benarkan Pelajar Bayar Yuran Dengan Buah Kelapa Untuk Ringankan Beban

Pandemik membuatkan masyarakat perlu mengubah banyak perkara apabila berkait dengan ekonomi negara sehingga terjejas pendapatan orang ramai.

Turut terbeban sama ialah sektor pendidikan perlu diteruskan dengan membayar yuran dan sumber Internet untuk pembelajaran dalam talian. Jika para pelajar tidak membayar yuran pengajian, bagaimana pihak pentadbiran untuk menjana pendapatan membayar gaji para pekerja?

Untuk menangani masalah ini, sebuah pusat pendidikan di Bali memberi kelonggaran kepada para pelajarnya untuk membayar yuran pengajian dengan menggunakan buah kelapa.

Memetik sumber Suara, langkah itu diambil sebagai mengurangkan beban pelajar susulan pandemik COVID-19 yang melanda Indonesia ketika ini. Sehubungan itu, Akademi Pariwisata Venus One yang terletak di Tegalalang membenarkan para pelajar membayar yuran pengajian secara ansuran.

Bagaimanapun, buah itu harus organik kerana kelapa organik diperlukan pusat akademi, yang turut merupakan pengeluar minyak kelapa dara.

Terkuak Alasan Kampus di Bali Ini Bolehkan Mahasiswa Bayar Pakai Daun Kelor

Mereka memerlukan kelapa itu untuk menghasilkan minyak dara yang boleh dijual dengan nilai yang tinggi. Oleh itu, skim bayaran seperti ini tidak merugikan mana-mana pihak.

Bukan kelapa sahaja tetapi mereka juga boleh beri kepada pihak universiti dua jenis daun herba iaitu daun moringa atau gotu kola untuk menghasilkan sabun herba.

Sekalivgus kesemua pelajar juga boleh menjual sabun tersebut untuk memperkasakan kemahiran usahawan serta dapat memberi pendapatan kepada pihak universiti.

Sebelum ini, pusat akademi pelancongan itu menerima bayaran ansuran sebanyak tiga kali dengan 50 peratus bayaran pertama, 20 peratus bayaran kedua, dan 30 peratus bayaran ketiga.

Tetapi dengan skim bayaran fleksibel ini, ia memudahkan pelajar dan pada masa sama menguntungkan pusat akademi.

Pengarah Venus One, Wayan Pasek Adi Putra menganggap skim ini juga mampu mendidik pelajar pusat akademi itu untuk menggunakan hasil alam semula jadi secara optimum.

Mungkin dengan cara yang diguna pakai oleh universiti terbabit boleh diimplementasi di universiti atau kolej-koleh sekitar Malaysia untuk meringatkan kewangan para pelajar.

BACA: Produk Berasas Kelapa Dari Thailand Diboikot Gara-Gara Dakwaan Guna Monyet Petik Buah

Sumber: Suara