United Kingdom Tubuh Pasukan Tentera Bagi Peperangan Dalam Talian

Sumber: The Brotish Army

United Kingdom (UK) tubuh pasukan ketenteraan bagi peperangan dalam talian.

Selaras dengan perkembangan pesat dunia teknologi, negara kini tidak hanya memerlukan pasukan keselamatan yang bertugas secara fizikal. Tugas pasukan tentera kini tidak hanya bertumpu pada dunia fizikal tetapi juga pada dunia teknologi siber.

BACA: Konflik AS-Iran Semakin Tegang, Bakal Cetus Perang Dunia Ketiga?

Susulan melihat pada peri pentingnya menjaga keselamatan negara daripada pelbagai aspek, United Kingdon (UK) telah menubuhkan satu pasukan ketenteraan bagi mengawal keselamatan negara secara dalam pertalian.

Penubuhan pasukan yang baru sahaja diumumkan oleh Kementerian Pertahanan pada 1 Jun lalu adalah bertujuan bagi memastikan data negara secara dalam talian tidak diceroboh pihak musuh.

Dinamakan sebagai Rejimen Siber, Rejimen Semboyan ke-13 mencatat sejarah sebagai pasukan pertama yang ditugaskan menjada keselamatan rangkaian di dalam dan luar negara ketika anggota bertugas menjalankan operasi.

United Kingdom Tubuh Pasukan Tentera Bagi Peperangan Dalam Talian 1
Sumber: PR Week

Merupakan satu langkah perubahan dalam pemodenan Angkatan Bersenjata Inggeris bagi peperangan maklumat, unit ini adalah salah satu unit di bawah Tentera Darat akan bekerjasama dengan Tentera Udara dan Tentera Laut dalam menyediakan satu rangkaian selamat untuk semua komunikasi ketenteraan.

Turut berperanan dalam memberikan sokongan teknikal bagi menguji dan melaksanakan keupayaan maklumat generasi akan datang, unit ini akan dilengkapi dengan teknologi terkini yang bersesuaian untuk ‘peperangan siber’.

Tersahulu, Rejimen Semboyan ke-13 ini sudah ditubuhkan sejak Perang Dunia Ke-2 lagi, dan kemudiannya dibubarkan apabila peranannya di Jerman tidak lagi diperlukan pada tahun 1994.

Sumber: Gov.UK, Amanz