Unit 9900 Unit Perisik Khas Tentera Israel Yang Dianggotai Remaja Autisme 3

Unit 9900: Perisik Khas Tentera Israel Yang Dianggotai Remaja Autisme

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika remaja autisme banyak dikecualikan daripada perkhidmatan ketenteraan di dunia, Israel adalah sebaliknya.

Unit 9900 Unit Perisik Khas Tentera Israel Yang Dianggotai Remaja Autisme 4
Sumber: Times of Israel

Mereka menubuhkan Unit 9900: Analisis Rupa Bumi, Pemetaan Tepat, Pengumpulan Visual dan Badan Tafsiran (Unit 9900), satu unit khas yang dianggotai oleh remaja yang memiliki autisme; gangguan perkembangan neuro yang memberi kesan kepada perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan individu untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti individu lain.

 

Unit 9900 Unit Perisik Khas Tentera Israel Yang Dianggotai Remaja Autisme 1
Logo Unit 9900.

Berbeza di Israel, remaja autisme akan dipilih untuk dijadikan aset dalam pasukan perisik terpilih untuk menjalankan kerja-kerja di hadapan komputer selama lapan jam dan digunakan sebaiknya oleh mereka.

Antara skop tugas mereka:

  1. Mengimbas gambar satelit resolasi tinggi untuk melihat sekiranya ada objek atau pergerakan yang mencurigakan.
  2. Bertindak sebagai penyahkod dari medan perang Israel yang kompleks supaya dapat mengurangkan angka korban askar dalam situasi tertentu.

Dilatih dengan program spesifik, Unit 9900 bekerjasama dengan Pasukan Pertahanan Israel dalam mengumpulkan maklumat daripada maklumat geospatial, satelit dan imej pengawasan beraltitud tinggi dan imej-imej daripada sumber lain.

Unit 9900 Unit Perisik Khas Tentera Israel Yang Dianggotai Remaja Autisme 2
Sumber: Wikimedia

Mungkin orang biasa melihat skop tugas Unit 9900 sebagai sesuatu yang membosankan. Namun untuk remaja autisme, ianya adalah hobi yang menyeronokkan kerana pekerjaannya yang santai.

Menggunakan mereka dengan sebaiknya, anggota Unit 9900 mempunyai keupayaan luar biaa dalam pemikiran visual dan sangat terperinci yang mana ianya adalah ciri yang sesuai dengan skop perincian tugas menganalisa.

Unit 9900 Unit Perisik Khas Tentera Israel Yang Dianggotai Remaja Autisme 5
Sumber: Times of Israel

Biarpun Unit 9900 ini agak kecil jika nak dibandingkan dengan Unit 8200, tetapi ianya dikategorikan sebagai lebih besar daripada unit perisik ketenteraan ‘Is-ra-hell’ yang lain.

Walaupun dibenarkan untuk mendedahkan pekerjaan mereka kepada umum, anggota Unit 9900 diharamkan daripada mendedahkan perincian tentang apa yang mereka lakukan termasuklah teknologi yang digunakan serta misi yang mereka disertai.

Sumber:

  1. The Atlantic
  2. The Times of Israel
  3. Forbes
  4. Early Autism Project