
‘Unhinged’: Hati-Hati Dengan Gangster Jalan Raya
Sikap gangsterisme di jalan raya bukanlah satu isu yang baru lagi di dunia ini. Begitu juga seperti di dalam cerita Unhinged ini.
Sikap yang kadangkala boleh membawa kepada mudarat yang lebih besar ini sebenarnya merupakan satu isu sosial yang wajar ditangani sepenuhnya.
Dengan konsep ini, filem Unhinged arahan Derrick Borte menunjukkan kepada penonton bagaimana gangsterisme di jalan raya sebenarnya membawa lebih banyak kesan buruk.
Mengisahkan seorang wanita yang diganggu seorang lelaki yang memiliki masalah mental selepas melepaskan kemarahannya di jalan raya, filem lakonan Russell Crowe, Caren Pistorius, Gabriel Bateman, Jimmi Simpson ini sudah boleh anda tonton di pawagam.
Mencapai kutipan pecah panggung, filem ini bagaimanapun hanya menerima rating 48% daripada Rotten Tomatoes, namun untuk rating penonton, Unhinged menerima rating sebanyak 77%.
Sebelum menonton di pawagam, apa kata anda tonton dahulu trailer filem Unhinged ini di pautan bawah:
BACA: Lokasi Penggambaran Filem ‘Cold Pursuit’ Sebenarnya Tidak Wujud
Trending now



