
Undang-Undang Rumah Sewa Bakal Diperkenal Kepada Umum
Undang-undang rumah sewa bakal diperkenal.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin memberitahu satu undang-undang berkaitan sewaan rumah akan dibentangkan di Parlimen awal tahun depan.
BACA: Wanita Jepun Belanja RM7 Sehari Miliki 3 Buah Rumah Selepas 16 Tahun
Undang-undang rumah sewa yang dikenali sebagai Akta Sewaan Kediamaan (RTA) yang masih digubal dijangka akan selesai menjelang akhir 2020 bagi mengatasi isu diskriminasi perkauman dalam pasaran hartanah. RTA yang mengikut akta sama di Scotland akan menjamin tiada lagi kejadian tuan rumah yang enggan menerima penyewa hanya kerana berlainan etnik.
Ketua Pegawai Eksekutif SPEEDHOME, Wong Whei Meng menggesa agar akta ini segera diluluskan supaya konflik di antara pihak pemilik dan penyewa dapat dikurangkan.

Setakat ini, Malaysia masih belum mempunyai sebarang akta khusus untuk sewaan kediaman. Kebanyakan pemilik dan penyewa masih lagi bergantung dengan perjanjian sewaan sebagai bukti sekiranya berlaku pelanggaran perjanjian yang mana jika dibawa ke mahkamah, prosedurnya lebih panjang dan rumit.
Menurut Wong, terdapat tiga kebimbangan utama pemilik rumah:
- Penyewa tidak membayar sewa atau kos utiliti tepat pada masa.
- Pemilik rumah bimbang harta kediaman dirosakkan.
- Penyewa kerap menghubungi pemilik rumah untuk selesaikan masalah-masalah tertentu termasuklah yang kecil seperti menukar mentol lampu yang rosak.
Sumber: FMT