Kuota Pekerja Asing Di Singapura 2

Undang-Undang Kuota Pekerja Asing Singapura Diperketat Mulai 1 Julai

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mac lalu, Kementerian Tenaga Manusia (MoM) Singapura telah melakukan pengumuman untuk melakukan pengubahan pada undang-undang kuota pekerja asing di Singapura dan menyebabkan berlakunya kesulitan untuk syarikat di Singapura menggaji pekerja asing dari luar.

Bermula 1 Julai lalu, berlakunya peningkatan jumlah sebanyak SGD100 setiap bulan pada Local Qualifying Salary (LQS) atau Gaji Kelayakan Tempatan kepada semua syarikat dalam apa jua sektor.

LQS yang sebelum ini dikenali sebagai Gaji Setara Sepenuh Masa berperanan dalam menentukan jumlah pekerja tempatan yang boleh digunakan untik mengira kelayakan Permit Kerja dan hak kuota Pas S.

Sekiranya syarikat di Singapura bercadang mahu menggajikan pekerja asing, mereka terlebih dahulu perlu menaikkan gaji pekerja tempatan. Di bawah sektor perkhidmatan, majikan perlu mengeluarkan Permit Kerja dan Pas S atau menggajikan lebih banyak rakyat tempatan.

Kerajaan mengambil kira kenaikan gaji tenaga kerja tempatan apabila menyesuaikan asas gaji SGD1,200 pada Julai 2018 yang meningkat daripada SGD1,000 dan SGD1,100 pada Julan 2017.

Kuota Pekerja Asing Di Singapura

Seorang warga tempatan atau Pegawai Penduduk Tetap yang bekerja di bawah kontrak perkhidmatan termasuklah pengarah syarikat akan dikira sebagai:

  • 1 pekerja tempatan jika mereka memperoleh LQS sekurangnya SGD1,300
  • 0.5 pekerja tempatan jika mereka memperoleh separuh LQS sekurangnya SGD650 ke bawah SGD1,300 setiap bulan

Selepas 1 Januari 2020 dan 1 Januari 2021, majikan dalam sektor perkhidmatan yang melebihi Had Maksimum Nisbah Tanggungan atau Dependecy Ratio Ceiling (DRC) atau sub-DRC yang baru akan dibenarkan untuk mengekalkan lebihan pemegang Permit Kerja dan Pas S mereka sehingga tamat tempoh untuk mengelakkan gangguan perniagaan.

Walau bagaimanpun, pihak syarikat tidak dibenarkan untuk mengupah pemegang Permit Kerja dan Pas S baharu atau memperbaharui pemegang Permit Kerja dan Pas S sedia ada sehingga masuk ke dalam DRC baru atau pun sub-DRC.

https://www.facebook.com/mr.palam/posts/10206039410781013

Dalam sektor lain, tidak akan berlaku perubahan. Syarikat yang menaja pemegang Pas Pekerjaan juga tidak akan terjejas kerana ianya dikecualikan dalam pengiraan kuota pekerja asing.

Di Singapura, sektor perkhidmatan yang merangkumi perniagaan ialah sektor kewangan, komersial, komunikasi, IT, profesional dan lain-lain.

Sumber: Newland Chase