
Uncle Kentang ‘Dihentam’ Bangsa Sendiri, Netizen Kesal Masih Ada Golongan Main Sentimen Perkauman
Uncle Kentang baru-baru ini dilaporkan telah teruk dikritik dan dicemuh oleh pembaca akhbar berbahasa Mandarin dan di media sosial.
Perkara ini telah dibangkitkan oleh peguam terkenal, Zee How Tai atau lebih dikenali dengan gelaran Apek Cina menerusi laman Facebooknya, Ulasan Apek Cina.
Apek Cina yang berkawan baik dengan Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng amat tidak berpuas hati dengan segelintir masyarakat yang berfikiran singkat dan suka menjatuhkan orang lain.
Teguran beliau tersebut turut menyelar sikap mereka yang gemar bermain dan menyemarakkan lagi api perkauman di Malaysia.
Berikut merupakan hantaran yang telah dibuat oleh Apek Cina:
Kebelakangan ini, Uncle Kentang Kuan Chee Heng diserang oleh mereka di kalangan netizen dan pembaca akhbar Mandarin.
Mereka menyerang Uncle kerana kononnya Uncle tidak menjelaskan perincian derma dan penggunaan duit derma kepada mereka.
Juga, Uncle pernah membantu seorang usahawan wanita Melayu dengan menyumbangkan sebuah kereta second-hand. Banyak netizen Mandarin kritik bahawa ramai lagi susah, kenapa nak bagi kereta? Ada juga yang komen tanya kenapa hanya bantu Melayu dan kurang bantu kaum Cina?
Sebagai seorang rakan yang kerap menderma melalui Uncle Kentang, saya hampa dengan komen-komen sebegini:
1) Kenapa nak serang Uncle Kentang dalam bahasa majoriti orang Malaysia tidak faham?
2) Uncle ini tak paksa kau orang derma kepada orang susah. Kalau tak sama dengan pandangan, biar jelah derma kepada orang lain. Kenapa nak serang?
3) Uncle bantu orang susah, dari mereka yang tak mampu membayar kereta jenazah, yang lapar, sehingga mereka yang memerlukan kenderaan untuk berniaga. Kau orang serang Uncle pasal “A”, itu sebab kau orang tak tahu Uncle dah bantu “ B”,”C”,”D” sehingga “Z”!
4) Saya pernah memberikan pandangan perundangan kepada Uncle tentang penggunaan yayasan daripada akaun sendiri. Memang Uncle berbuat demikian dan kini sudah ada “kentangfund.com”. Yang kau orang serang tu, dah outdated!
5) Last-last, kau orang apasal nak perkauman sangat? Orang Melayu bukan orang Malaysia? Orang Cina bukan Malaysia? Orang India bukan orang Malaysia?
Aku nak habak kat Uncle Kentang ni, jangan pendulikan mereka. Duit yang aku derma sebelum dan selepas ini, saya nak Uncle bantu semua KAUM, selagi dia MANUSIA, nak bantu HAIWAN ciptaan Tuhan pun boleh.
I’m with you my dear friend. Stay strong!
Ruangan komen beliau kini telah mula dibanjiri dengan komen-komen netizen yang kesal dengan apa yang berlaku.
Netizen turut mengharapkan agar Uncle Kentang terus tabah dan tidak menghiraukan kata-kata negatif dari golongan rasis tersebut.
“Manusia, selagi dapat mencuri perhatian segala cara dibuatnya. Perkara positif itu boring. Yang negatif itulah yang sedap diolah bermacam perisa supaya dapat mencapai objektif dapat meningkatkan keraguan atau menjatuhkan orang lain.” – Tan Thiam Yeong
“Ini saya sokong. Tolong tak kira kaum/bangsa. Yang derma tu kat Uncle Kentang sudahlah biar dia sendiri urus duit derma tu nak tolong dekat siapa. Penderma tu kalau nak suruh Uncle Kentang jelaskan setiap sen guna dekat mana lebih baik kau orang sendiri tolong orang yang susah atau pun duit kau orang boleh derma dekat organisasi yang kau orang percaya.” – Hee Kian
“Aduuu… Style uncle ni menyeluruh. Adakah mereka lupa, masa seorang auntie Chinese terbiar, macam-macam kaum datang. Malay nurses mandikan auntie tu. Abang-abang bomba bersihkan rumah. Tak ada kira apa bangsalah. Haiyooo tahun 2022 dah, Covid 2 tahun dah, dunia digital dah, lagi nak cerita bangsa-bangsa ke?” – Aznita Ahmad
“Ini urusan derma, bantu orang susah. Kenapa perlu ada isu perkauman, politik? Uncle and Apek Cina membantu pada yang memerlukan, sepatutnya kita patut contohi. Jangan sempit sangat fikiran tu.” – Saripah Sabariah
“Semoga Uncle Kentang tabah! Jangan pedulikanlah orang-orang yang hati busuk dan rasis tu.. apa dia orang nak tak tahulah.. asyik tak puas hati busuk je. Keep it up Uncle! 👍👍👍” – Rom Pen
Sumber & kredit foto: Facebook Ulasan Apek Cina, Facebook Kuan Chee Heng (Uncle Kentang)
Trending now



