Umum Bahasa Indonesia Sebagai Bahasa Kedua Di Universiti Al-Azhar, Ini Reaksi Netizen

Universiti Al-Azhar, Cairo secara rasminya menjadikan Bahasa Indonesia sebagai bahasa kedua di kampus mereka.

Perasmian yang dirasmikan melalui Fakulti Bahasa dan Terjemah Universiti Al-Azhar pada awal Oktober lalu (7 Oktober 2019) adalah kerana bahasa Indonesia banyak digunakan di Asia Tenggara yang majoritinya beragama Islam.

Menurut Duta Besar Indonesia untuk Mesir, Helmy Fauzy, di Asia Tenggara ramai golongan ulama dan pemikir Islam lahir namun karya hasil tulisan mereka masih banyak yang tidak diketahui oleh pemikir Arab.

Bahasa Indonesia Sebagai Bahasa Kedua Universiti Al-Azhar

Rektor Universiti Al-Azhar, Mohamed Husein al-Mahrashawi memberitahu pengiktirafan Bahasa Indonesia sebagai bahasa kedua membolehkan pihak universiti bersedia dengan membuka Program Pengajian Indonesia di sana.

Dalam proses menyediakan jumlah pengajar yang akan mengajar di program pengajian tersebut, Mohamed Husein memberitahu mahasiswa yang memilih bahasa Indonesia sebagai bahasa kedua boleh mengikut pengajian di Indonesia selama dua tahun agar dapat menguasai bahasa daripada sumber asalnya.

Tidak lari daripada isu tuntutan, ada sesetengah netizen memberikan reaksi bahawa mengapa mereka tidak menggunakan perkataan ‘bahasa nusantara’ daripada secara spesifiknya menyatakan penggunaan wilayah sedangkan asas kepada Bahasa Indonesia adalah Bahasa Melayu yang turut ditutur di seluruh gugusan kepulauan Melayu atau Nusantara.

Pendapat anda mengenai isu ini?

Sumber: Netral News, Tribun News

 

 
Ada yang pernah main permainan video ini?

SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.