UMNIO Tarik Diri Perikatan Nasional

UMNO Umum Tidak Sertai Dari Gabungan Perikatan Nasional

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

UMNO mengumumkan secara rasmi ia tidak menyertai daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional bersama-sama PAS dan komponen Barisan Nasional,” kata Presiden Zahid Hamidi dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid menjelaskan sokongan kepada kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan wakil rakyat BN dalam pembentukan kerajaan pusat dan di beberapa negeri tertentu.

https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/posts/1813895618749007?__xts__%5B0%5D=68.ARDuplEVUWrIephYBtYAJajdU6UICDzjh9-sv5lO1kQhSdAZJq6xl9cTQtv7YekNOog_j4vIBBsEWeC5utNwxOfwynypV824yCVvQmz3w6Zaf-U-bt-h2Ycc1EquXtS1CwpY65MI8_1ZzRvcoyDV2GAFBC9c39xTu1Ryf8vwRBj9MpCCjYv5ZNUuhTohQSlzTOtLa4cCpt8qmR9TyuemM9BEv4FN0yedf_BcaCc2A1Q-Xk83mlVRtl4LHoJ1OnbZd19jHmfNflls4pSHzrAzXNsjZNmZB4YjRo0Wlg5AK7GsMfYvSGT5ig3_3nmhRou8keM4qcjbvC67Gc0-_IckPw&__tn__=-R

Semalam, Ahmad Zahid membayangkan parti itu mungkin keluar daripada gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Zahid berkata, sebarang perkongsian yang dilakukan harus diperhalusi semula apabila keikhlasan dan kejujuran diketepikan.

“Untuk berkongsi hidup, apatah lagi berkongsi kuasa, keikhlasan dan kejujuran merupakan prinsip utama perkongsian.

“Apabila keikhlasan dan kejujuran diketepikan, sebarang perkongsian harus dinilai semula,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Hantaran yang dibuat Ahmad Zahid itu turut diakhiri dengan tanda pagar #UMNObangkit selain beliau turut berkongsi sekeping foto ketika berada di masjid seakan-akan memberi maksud tersirat meminta petunjuk Allah SWT untuk melakukan keputusan besar.

UMNIO Tarik Diri Perikatan Nasional

PN yang ditubuhkan Mac lalu selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) dibentuk hasil kerjasama UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas serta disokong oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Bersatu Sabah (GBS) serta wakil bebas.

Perkembangan itu juga dijangka menjadikan situasi politik negara akan kembali dramatik dan ada kemungkinankah bakal berlaku Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat rentetan keputusan besar yang akan dilakukan UMNO?

Sumber: FMT