Ini Anak Siapa

Umat Islam Akan Sambut 2 Kali Ramadan Pada 2030 & 2 Kali Aidilfitri Pada 2033

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Umat Islam Akan Sambut 2 Kali Ramadan Pada 2030 & 2 Kali Aidilfitri Pada 2033

Gambar utama: “Ini anak siapa?” – Dialog popular dari iklan raya TNB Raya 2019, ‘Konvoi Epik Fantastik’

Tahun 2030 menjadi tumpuan rakyat Malaysia kerana tarikh sambutan perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang hanya berbeza dua hari sahaja iaitu masing-masing pada 3 Februari (Ahad) dan 5 Februari (Selasa).

Umat Islam Akan Sambut 2 Kali Ramadan Pada 2030 & 2 Kali Aidilfitri Pada 2033 2

Bukan itu sahaja, tahun 2030 juga menjadi tumpuan umat Islam di seluruh dunia kerana sambutan bulan Ramadan yang akan berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 6 Januari dan 26 Disember.

Umat Islam Akan Sambut 2 Kali Ramadan Pada 2030 & 2 Kali Aidilfitri Pada 2033

Menurut sumber, keadaan 2 kali menyambut Ramadan ini boleh berlaku kerana bulan Ramadan diketahui ‘bergerak ke belakang’ 10 atau 11 hari setiap tahun mengikut kalendar bulan.

BACA: 7 Drama Melayu Arahan Budak Ijat Yang Menarik Untuk Ditonton Semula Sepanjang Ramadan

Manakala pada tahun 2033 pula, Hari Raya Aidilfitri turut akan berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 3 Januari dan 23 Disember.

Umat Islam Akan Sambut 2 Kali Ramadan Pada 2030 & 2 Kali Aidilfitri Pada 2033 3

Umat Islam Akan Sambut 2 Kali Ramadan Pada 2030 & 2 Kali Aidilfitri Pada 2033 4

Semoga kita semua panjang umur untuk merasainya.

Tahukah anda, Perak dan Johor pernah mempunyai sejarah sambutan Aidilfitri awal sehari dari negeri-negeri lain di Malaysia?

Hari Raya Aidilfitri yang ditentukan menerusi dua kaedah iaitu sama ada dengan melihat anak bulan atau pun secara kiraan. Apabila anak bulan kelihatan, ianya menandakan bahawa permulaan bulan yang baharu.

Berlaku pada tahun 1983, sejarah sambutan Aidilfitri ini terjadi semasa pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah. Sekumpulan nelayan yang baru sahaja pulang dari laut mendakwa telah ternampak anak bulan dan berita itu segera disampaikan kepada penduduk.

Lebih menguatkan dakwaan tersebut, pasukan tentera laut yang menjaga perairan negara turut mengesahkan perkara yang sama.

Baca lanjut di: Sejarah Sambutan Aidilfitri Awal Sehari Di Perak Dan Johor 37 Tahun Dahulu