Ulasan Filem Sangkar 2

Ulasan Filem: Sangkar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tahniah Kabir Bhatia.

PERTARUNGAN YANG MENGECEWAKAN!

Seawal minit pertama lagi sudah disajikan perlawanan antara dua watak utama.

“What the h*ck! Di mana klimaksnya?“ Getus hati.

Cara berlawan:

Langsung tidak memberikan kepuasan.
Langkah tak kemas.
Gerak lawan yang perlahan dan teragak-agak (tidak spontaneous).
Pertarungan gelanggang bukan mudah sebenarnya.
Perlukan training yang lebih untuk menguasai babak seperti di gelanggang sebenar. (MMA, UFC etc.).

Ulasan Filem Sangkar 1

Kekerapan flashback Adam (Zul Ariffin) juga turut mengganggu expectation atau fokus saya. 10 minit yang pertama, saya menyesal menonton filem ini.

Tambah pula, harapan saya untuk melihat Johan (Remy Ishak) mengungguli watak utama dalam filem ini berkecai tatkala seawal filem lagi beliau sudah ditimpa kemalangan. (Haha, walaupun sudah boleh agak yang Zul pegang watak utama, namun saya tetap berharap agar Remy yang menjulangnya.)

Saya cukup gembira bila permulaan babak memaparkan keperibadian Johan sebagai seorang ‘fighter yang beriman’, walaupun tidak menutup aurat, wakaka. Berbeza dengan Adam, angkuh, sombong, main kotor, kaki botol, kaki perempuan.

Ulasan Filem Sangkar 3

Namun, bermula dari babak Johan ditimpa kemalangan itulah, Kabir mula tonjolkan plot penceritaan sebenar. Dan seperti kebiasaan, ‘luar kotak’ jalan cerita beliau terus memukau penonton untuk kekal melekat di tempat duduk sehingga ke penghabisan cerita.

Terus ternanti-nanti apa yang bakal berlaku seterusnya.

Nasihat saya, buat abang-abang fighter, abang-abang sado, Kalau tak nak kantoi mata bergenang, empangan pecah, mohon jangan pergi tengok. 😂😅

Allah… Banyak betul mesej yang Kabir cuba sampaikan. Sumpah kena dengan jiwa saya. Puas ditahan air mata jantan, itupun bertakung juga. 😅

Sangkar, bukan filem lawan. Tapi filem dakwah!

Kalau kau nak belajar terima qada’ dan qadar, kau WAJIB tengok filem ini.

Kalau kau nak belajar bersyukur, kau WAJIB tengok filem ini.

Kalau kau nak belajar memaafkan orang yang buat salah besar dengan kau, kau WAJIB tengok filem ini.

Kalau kau nak belajar bertanggungjawab, kau WAJIB tengok filem ini.

Kalau kau nak belajar bantu orang dengan ikhlas (feel sebenar bila kita bantu orang), kau WAJIB tengok filem ini.

Kalau kau nak belajar erti best friend forever (antara Adam & Johan), kau WAJIB tengok filem ini.

Kalau kau nak belajar bayar hutang (walaupun hutang ahlong/ bookie), kau WAJIB tengok filem ini. (Yang bestnya, ahlong/ bookie tak mati dalam cerita ini 😅😂)

Ulasan Filem Sangkar

Tapi,

Kalau kau nak tengok aksi lawan, gusti atau gelanggang, cadangan aku, eloklah tengok filem Dangal. 😂

Tapi babak Adam training, best!

Cerita fresh! Banyak mesej rohani. Tak puas menonton. Walaupun filem dah habis, penonton tetap mahukan lagi dan lagi!

Rating: 9.5/10

**Ulasan ini hasil penulisan Wan Muhammad Aliff. Untuk ikuti beliau, bolehlah lawati laman Facebooknya DI SINI.

 

 

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1NVFQpH-WK/