Rambo Last Blood

Ulasan Filem: ‘Rambo: Last Blood’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Merupakan siri terakhir untuk filem Rambo, ramai yang melahirkan kegusaran mereka kerana kebanyakan daripada penonton mempunyai stereotaip bahawa sekuel akhir untuk sesuatu filem sukar memberikan kepuasan yang diinginkan mereka.

Filem ini mengisahkan mengenai John Rambo, seorang veteran Perang Vietnam yang perlu bekerjasama dengan seorang wartawan dalam misi menyelamatkan seorang gadis yang diculik oleh kartel dadah Mexico iaitu anak angkat Rambo.

 

Rambo Last Blood 2019 1

Sudah mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, aksi Sylvester Stallone masih lagi mampu memukau penonton walaupun tidak setangkas dahulu disebabkan faktor dirinya sudah dimamah usia.

Penuh dengan aksi kejutan tanpa berhenti, adegan gore dan konflik-konflik menarik yang akan membuatkan penonton tidak senang duduk, Rambo: Last Blood tidak hanya menonjolkan aksi semata, tetapi turut menampilkan mesej secara tidak langsung yang boleh dihadam dan dihayati oleh penonton, antaranya kekuatan talian dan hubungan kekeluargaan.

Rambo Last Blood 1

Hampir empat dekat beraksi, Sylvester Stallone berjaya menamatkan watak Rambo dengan begitu baik memandangkan watak Rambo untuk filem Rambo: Last Blood ini dikatakan sebagai watak terakhirnya selepas First Blood 1982, Rambo 1985: First Blood Part II, 1988 Rambo III dan Rambo 2008.

Jika anda tidak pernah menonton filem Rambo sebelum ini, jangan risau. Anda masih lagi boleh memahami dengan baik bagaimana filem ini diceritakan kerana plotnya tidaklah begitu bersambung dengan siri-siri terdahulu.

BACA: 18 September Dipilih Sebagai Hari Rambo Sempena Filem ‘Rambo: Last Blood’

Sebelum tonton filem Rambo: Last Blood di pawagam, apa kata anda tonton dahulu trailer filemnya DI SINI.

RATING: 7.5/10

 

Antara filem wajib tonton bulan hadapan.

Gemini Man | Ang Lee Featurette

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.