Ulasan Filem: Last Christmas

Dihasilkan sebagai tribute kepada mendiang George Micheal dengan mengambil lagu ‘Last Christmas‘ sebagai lagu tema, filem ini berjaya membawa penonton terbuai dengan ‘kisah cinta’ antara dua pelakon utamanya iaitu Kate (Emilia Clarke) dan Tom (Henry Golding).

BACA: Tonton Trailer Filem ‘Last Christmas’ Gandingan Romantis Emilia Clarke dan Henry Golding

Mengisahkan mengenai Kate yang terpaksa bekerja sebagai elf  di sebuah kedai menjual barang-barang perayaan Krismas selepas dihalau keluar daripada rumah sewanya. Semasa masalah datang bertimpa, kehadiran Tom menarik perhatiannya kerana sikap Tom yang pelik tapi menarik.

Berperang dengan rasa putus asa untuk hidup dan penyakit yang boleh membawa maut bila-bila masa, dalam masa yang sama Kate terpaksa berhadapan dengan ibunya, seorang wanita imigran Yogoslavian yang menderita penyakit kemurungan serta ayahnya, bekas peguam yang terpaksa berkerja sebagai pemandu teksi selepas tidak mampu membiayai pengajian di United Kingdom.

Filem Last Christmas

Pertemuan bersama Tom beberapa kali membenihkan rasa suka Kate pada Tom, namun Tom suka menghilang tanpa khabar berita dan muncul secara tiba-tiba. Tom yang hadir menceriakan harinya dan mengajar Kate untuk lebih menghargai sekeliling menjadikan Kate lebih bergantung kepada Tom semasa ditimpa masalah.

Dengan kehadiran Tom, orang sekeliling mula melihat perubahan positif dalam diri Kate dan gembira dengannya sehinggalah ada sesuatu yang berlaku.

Nak tahu apa yang berlaku?

Anda kena tonton filem Last Christmas ini kerana pengakhirannya ini tidak cliche seperti filem romantik lain yang membawa tema cinta Krismas. Boleh dikatakan plot twist yang dirancang pengarah Paul Feig dan penulis skrip, Emma Thompson memang menjadi.

Ulasan Filem Last Christmas

BACA: Tonton Henry Golding Jadi ‘Guru’ Bahasa Melayu Emilia Clarke

Dalam filem ini juga anda akan dapat melihat lokasi rahsia pertemuan Kate dan Tom yang sememangnya tidak banyak diketahui pelancong yang datang ke London.

Malah untuk pengetahuan anda juga, lagu Last Christmas yang dinyanyikan dalam filem ini dinyanyikan sendiri oleh pelakon utamanya iaitu Emilia Clarke.

Nak tahu merdu ke tidak suara Emilia, anda kena tonton pautan video di bawah.

Pendek kata, jika anda peminat genre romantik komedi, maka filem ini wajib berada dalam senarai tontonan menjelang hujung tahun yang akan tiba. Tambah pula barisan pelakon yang membintangi filem ini memang tidak boleh dinafikan lagi bakatnya.

Sebelum itu, jom layan dahulu trailer filem Last Christmas.

Rating: 8/10

 

Lagenda tiada ganti.

P. RAMLEE : Seniman Tanah Air Tiada Ganti

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.