Ulasan Filem: ‘Ip Man 4: The Finale’

Merupakan penutup kepada tiga siri sebelumnya, filem Ip Man 4: The Finale kini sudah boleh anda tonton di pawagam seluruh Malaysia.

Ip Man 4 : The Finale mula ditayangkan hari ini. Jom serbu panggung wayang!

Posted by ODISI on Thursday, December 19, 2019

Berkisarkan mengenai ‘perjalanan akhir’ Mahaguru Ip (lakonan Donnie Yen), siri ke-4 ini membawa anda menelusuri pelbagai rasa jika anda mengikut siri-siri filem Ip Man sebelum ini.

BACA: Donnie Yen Kini Di Malaysia Untuk Promosi Filem Ip Man 4: The Finale

Untuk siri akhir yang paling dinantikan ini anda dapat lihat gabungan pelakon hebat antarabangsa termasuklah atlet sukan negara dan pelakon, Wu Yue, pelakon aksi Britain, Scott Adkins, bekas Kor Tentera Maritim Amerika Syarikat, Chris Collins, pelakon Taiwan, Vanness Wu, Vanda Margraf dan Danny Chan Kwok-kwan.

Ip Man 4 The Finale 2

Masih lagi membawa tema semangat nasionalis, Ip Man 4: The Finale ini juga membawa elemen rasisme yang tidak terlepas berlaku di mana-mana sahaja. Seperti tertampar juga melihat filem ini dengan situasi yang berlaku di Malaysia sekarang.

Secara peribadi, walaupun emosi yang dibawa dalam siri akhir ini seakan hanya sampai 80% kepada penonton, ianya tetap memberikan kesan mendalam selepas habis menontonnya.

Walaupun aksi dalam filem ini sedikit kurang jika dibandingkan dengan siri sebelumnya terutamanya siri ke-2 dan ke-3, ini adalah wajar dan ‘kena’ sekali dengan plot cerita mengenai perjalanan usia Mahaguru Ip serta tahap kesihatannya yang membataskan.

Ip Man 4 The Finale

Tetapi, kehadiran watak mendiang Bruce Lee (lakonan Danny Chan) patut dipuji kerana persembahan perwatakannya yang agak bagus seperti riak muka, cara jalan dan gaya semasa berlawan yang boleh dikatakan sama 99% seperti mendiang Bruce Lee.

Secara umumnya, filem Ip Man 4: The Finale ini menumpukan plot perjalanan Mahaguru Ip ke San Francisco yang mana pelajarnya, Bruce Lee telah membuka sekolah Wing Chun di sana.

Ip Man 4 Filem Terakhir Donnie Yen

Setibanya di sana, Ip Man merasa berkecil hati apabila menyaksikan bagaimana masyarakat kulit putih telah mengamalkan sikap rasisme terhadap komuniti Cina yang mereka gelar sebagai pendatang.

Untuk ketahui apa yang berlaku selepas itu, anda wajib tonton filem ini di pawagam berdekatan.

Sebelum itu apa kata tonton dahulu trailer Ip Man 4: The Finale di pautan bawah:

Buat pengetahuan anda, filem Ip Man 4: The Finale ini merupakan dilem terakhir yang akan memaparkan aksi kung fu Donnie Yen tau. Jadi memang rugilah kalau tak ke pawagam untuk menontonnya.

Rating: 8.5/10

Oh ya, jika anda merupakan peminat siri Ip Man, kami ada hadiah istimewa untuk anda. Nak tahu macam mana nak menang? Ikuti langkah di bawah:

Kepada peminat filem Ip Man di luar sana, kami ingin memberi hadiah istimewa kepada 3 pemenang bertuah bersempena dengan…

Posted by ODISI on Thursday, December 19, 2019

Tonton di sebalik tabir penghasilan filem Ip Man 4: The Finale:

Filem Ip Man 4: The Finale mengisahkan ketibaan Ip Man ke San Francisco, Amerika Syarikat bagi mengunjungi pelajarnya,…

Posted by ODISI on Monday, November 25, 2019