Gemini Man Will Smith

Ulasan Filem: Gemini Man

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Rating: PG-13
Genre: Sains fiksyen, aksi
Pengarah: Ang Lee
Penulis skrip: David Benioff, Billy Ray, Darren Lemke
Pelakon: Will Smith, Mary Elizabeth Winstead, Clive Owen, Benedict Wong
Durasi: 1 jam 56 minit

Sudah mula ditayangkan di pawagam bermula hari ini, filem aksi Gemini Man merupakan antara karya agung dari pengarah Ang Lee yang menampilkan keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri.

Gemini Man Will Smith
Sumber: Forbes

Mengetengahkan genre sains fiksyen dan aksi, filem ini secara umumnya berkisarkan mengenai seorang pembunuh upahan elit, Henry Brogan (Will Smith) yang menjadi sasaran untuk dibunuh agensinya sendiri selepas menyatakan hasrat mahu bersara.

Namun yang menimbulkan kehairanannya, setiap gerak geri beliau seakan boleh dijangka pembunuhnya sehinggakan membawa kepada penemuan klonnya dalam versi lebih muda iaitu Junior.

Lokasi Penggambaran Gemini Man 3

Walaupun perjalanan cerita pada awalnya agak lambat dan plot yang boleh dikira sebagai biasa, lakonan Will Smith memang wajar menerima pujian ramai. Ini kerana bukan mudah melakonkan dua watak yang mana antara keduanya perlu berinteraksi (dan beraksi) sesama sendiri, namun dengan bantuan teknologi terkini, filem ini mampu disampaikan dengan baik sekali.

Adegan-adegan aksi yang dipaparkan juga memang amat menarik dengan keperincian dan ketelitian dalam pemaparannya terutamanya semasa adegan tembak menembak serta kejar mengejar sehinggakan tidak terlihat kecelaannya bersesuaian dengan tempoh masa karya ini diperam.

Gemini Man

Dijangka bakal menjadi sumber rujukan untuk filem Hollywood yang akan datang, Gemini Man seakan sudah meletakkan tanda aras bahawa tiada yang mustahil untuk dihasilkan dengan kecanggihan teknologi terkini.

Selain daripada watak Will Smith, watak antagonis Clay Verris lakonan Clive Owen turut wajar diberi pujian. Dengan mimik muka dan perwatakan beliau, watak seorang penjahat yang bertopengkan ‘malaikat’ dengan alasan mahu menegakkan nilai kemanusiaan cukup membuatkan penonton meluat.

Gemini Man 1

Jika mahukan aksi yang lebih real, anda wajar menonton filem ini dalam bentuk 3D, IMAX dan sebagainya bagi kepuasan maksimum. Seakan-akan berada sekali bersama Henry menempuh perjalanannya yang penuh dengan suspens bersama sedikit selitan humor yang ringan dan sarkastik.

Rating: 7.5/10

Terlebih dahulu, sebelum menonton filem ini di pawagam, apa kata anda tonton dahulu trailer filem di pautan bawah:

Untuk pengetahuan anda, content creator tempatan yang berbakat dalam menghasilkan video ala magis, Sofyank turut ‘turun padang’ di Budapest bagi bertemu Will Smith dan melakukan kolaborasi video bagi mempromosikan filem ini. Tonton video kolaborasi mereka DI SINI.

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2VveBwFlX8/