Friendzone

Ulasan Filem: Friendzone

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dibintangi oleh: Naphat Siangsomboon (Palm), Pimchanok Luevisadpaibul (Gink)
Genre: Komedi, Romantik, Remaja
Durasi: 2 jam
Pengarah:Chayanop Boonprakob

Jika anda seorang up-to-date dengan filem-filem yang ditayangkan di pawagam, pasti anda tahu tentang filem romantik komedi Thailand yang bertajuk Friendzone.

Mengisahkan tentang Seorang lelaki, Palm yang tersekat dalam dilema akibat di friendzone oleh kawan baiknya, Gink selama 10 tahun.

Palm yang suka pada Gink sejak sekolah rendah pernah cuba untuk meluahkan perasaannya, namun ditolak dengan alasan menjadi kawan adalah lebih baik daripada sepasang kekasih.

Setiap kali Palm berpisah dengan kekasihnya, Gink tidak pernah ambil peduli. Namun tidak pada Palm. Setiap kali Gink bergaduh atau berpisah dengan kekasihnya, Palm sentiasa ada dengannya walaupun ketika itu Gink berada di luar negara!

Dengan kapsyen ‘kawan baik tunggu di sini, jangan melintasi garisan walau sedekat apa pun!’ menjadikan filem ini filem wajib tonton untuk mereka yang sering di friendzone.

Friendzone

Buat masa sekarang, filem ini hanya ditayangkan secara sneak preview di pawagam dan masa tertentu sahaja, sebelum hari tayangannya yang sebenar adalah pada 11 April ini.

Awas! Menonton filem ini akan menjadikan anda merasa geram pada watak heroinnya terutamanya dalam kalangan wanita.

Mana tidaknya, Palm itu punyalah helok pun Gink boleh tolak sedangkan kekasihnya memang jauh lebih tidak handsome jika dibandingkan dengan Palm.

Friendzone

Yang Palm pula, sanggup buat apa sahaja demi Gink sampai meninggalkan kekasihnya semata-mata mahu tenangkan Gink yang kadangkala membawa diri hingga jauh di negara lain.

Watak-watak sampingan yang boleh tahan kelakar dan sempoi menjadikan filem ini lebih menarik. Paling kelakar apabila Palm bertemu dengan tiga orang lelaki yang turut sama di friendzone! Rupanya komuniti friendzone ini luas.

Kalau anda pernah tonton filem komedi romantik I’m Fine, Thank You, Love U yang juga keluaran GDH pada 2014 dan menganggap filem ini ada vibe seseronok itu, berkemungkinan besar anda akan terasa kecewa sedikit.

Friendzone

Secara jujurnya, walaupun plot filem ini memang menarik, tetapi di pengakhiran cerita anda akan rasa filem ini agak kurang umph; seakan ada sesuatu yang masih tertinggal.

Dalam filem ini juga anda akan dapat lihat lokasi-lokasi menarik di Thailand seperti Chiang Mai dan Krabi yang pastinya membuatkan anda terasa ingin menempah terus tiket kapal terbang ke sana.

Buat yang di friendzone, apa kata anda tengok filem ini untuk dapatkan tip move on. Untuk tonton trailer filem, anda bolehlah klik di bawah:

Rating: 7.5/10