ulasan filem Crawl

Ulasan Filem: ‘Crawl’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Apabila bencana ribut taufan itu yang anda takutkan, sebenarnya ada yang lebih perlu digeruni.

Filem Crawl memaparkan kisah seorang anak perempuan bernama Haley mencari ayahnya yang terkandas ketika ribut taufan Kategori 5 di kawasan perumahan keluarga mereka yang terletak di Florida.

Dalam cubaan menyelamat ayahnya Barry, mereka terperangkap dalam sebuah rumah apabila kawasan perumahan mereka sudah dibanjiri air dan perlu melawan sekumpulan buaya ganas.

ulasan filem Crawl

Crawl memaparkan kisah permasalahan alam semula jadi iaitu mengenai ribut taufan yang agak dahsyat di samping perlu menyelamatkan diri daripada sekumpulan buaya ganas yang berkeliaran akibat banjir. Hanya orang terpilih sahaja perlu mengharungi cabaran itu.

Kita biasa dipertonton filem pertarungan manusia dan haiwan seperti ikan jerung, piranha, dinosaur dan ular. Sekali lagi konsep ini digunakan tetapi terhadap haiwan reptilia berdarah sejuk ini.

Dalam filem ini membawa anda sememangnya aksi yang menggerunkan, suspen serta gore. Dengan bergenre seram dan ngeri, kami pasti ada masanya anda akan terkejut secara tiba-tiba walaupun anda bukanlah seorang penakut.

ulasan filem Crawl

ulasan filem Crawl

Bagi mereka yang menderita claustrophobia, mungkin akan mencetuskan perasaan anda kerana kebanyakan babak dalam filem ini memaparkan ruang bawah tanah yang sedikit demi sedikit dibanjiri air.

Memang kenalah dengan tajuknya Crawl, bukan crawl itu merujuk kepada reptilia tersebut tetapi kerana banyak babaknya yang mereka perlu merangkak.

Tidaklah semua babak menunjukkan aksi pertarungan manusia melawan sekumpulan reptilia ini. Dalam keadaan mencemaskan, penerbitan filem Crawl ini juga membawa elemen kekeluargaan pada babak perbualan anak dan ayah.

ulasan filem Crawl

Bercerita mengenai reptilia dalam filem ini, buaya-buaya yang dipaparkan amat mengagumkan yang mana ia begitu realisitik seperti betul-betul mereka bertarung dengan buaya sebenar.

Secara keseluruhannya, filem ini menarik ditonton jika anda mementingkan elemen aksi, suspen serta elemen gore. Kekurangan rating yang kami berikan ini, anda kenalah tonton sendiri untuk mencari jawapannya.

Rating: 8/10