Ulasan Black Christmas

Ulasan Filem: ‘Black Christmas’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sudah ditayangkan di pawagam Malaysia sejak 12 Disember lalu, filem bergenre seram, Black Christmas merupakan sebuah filem remake kedua yang mana filem aslinya pertama kalinya ditayangkan pada tahun 1974 dan remake yang pertama pula pada tahun 2006.

BACA: Tonton Trailer Rasmi ‘Black Christmas’

Membawa tema sisterhood dan girl’s power, filem ini secara umumnya memiliki plot yang sangat mudah difahami, iaitu sekumpulan pelajar kolej perempuan menjadi target pembunuhan ‘lelaki misteri bertopeng’ seorang demi seorang semasa percutian menyambut Hari Natal.

Ulasan Black Christmas 2

Mereka yang merupakan pelajar kolej perempuan Hawthorne sentiasa menjadi mangsa ‘buli’ pelajar kolej lelaki DKO yang percaya ‘wanita berada di bawah lelaki’.

Walaupun dibarisi para pelakon hebat seperti Imogen Poots, Lily Donoghue, Aleyse Shannon, Brittany O’Grady, ianya dikatakan tetap tidak dapat menandingi remake yang pertama.

Skrip yang agak ‘longgar’ menjadikan filem ini sedikit hambar dan kurang memberikan impak kepada penonton. Mungkin disebabkan itulah juga filem ini hanya mendapat rating 44% daripada Rotten Tomatoes.

BACA: Jumaat 13hb Dianggap Hari Malang Bagi Masyarakat Barat

Walaupun banyak menerima kritikan kerana hasil akhirnya tidak setanding dengan bajet USD5 juta mereka, filem ini tidaklah seteruk yang anda sangkakan kerana ianya masih boleh membuatkan anda tidak senang duduk dan tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya.

Ulasan Black Christmas 1

Penuh dengan elemen suspens, Black Christmas juga membawa tema feminisme; kaum wanita melawan penindasan kaum lelaki yang merasakan diri mereka sentiasa berada di atas daripada kaum wanita.

Rating: 7.5/10

Jika anda masih belum menontonnya, apa kata tonton dahulu trailer Black Christmas di pautan bawah:

Sekiranya anda mencari filem yang sesuai ditonton untuk Hari Natal, anda juga boleh tonton filem Last Christmas. Baca ulasannya DI SINI.