Perjanjian Damai Hatyai 1

Ulang Tahun Perjanjian Damai Hatyai: ADUN Dan Pemimpin Veteran PKR Antara Yang Hadir

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Awal Disember lalu, media melaporkan kira-kira 300 orang yang dipercayai bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) telah menghadiri perjumpaan dan perhimpunan program yang diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai (1989) di Kajang.

BACA: Tiada Sebarang Permohonan Bawa Masuk Abu Mayat Chin Peng – KDN

Majlis yang kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan warga tua ini kononnya adalah bertujuan membetulkan persepsi yang salah terhadap orang ramai terhadap sejarah.

Menurut bekas ahli PKM, Tan Yi Yu, perjuangan PKM adalah perang anti-penjajahan dan anti-imperialisme yang berjuang untuk kemerdekaan negara, demokrasi, kebebasan dan kedamaian.

Perjanjian Damai Hatyai 2

Setakat ini sebanyak 72 laporan polis telah diterima oleh Polis Diraja Malaysia telah mengenal pasti sembilan persatuan yang terlibat dalam majlis tersebut .

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed setakat ini keterangan daripada enam orang saksi telah diambil, manakala yang lain bakal diambil mengikut temu janji yang ditetapkan.

Pihak beliau turut mengenal pasti empat individu yang memberikan ucapan pada majlis berkenaan antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek, Ronnie Liu, editor Persatuan Persahabatan Abad ke-21, wakil Parti Komunis Malaya (PKM) dan wakil Persatuan Kawan Karib Sarawak.

Malah menurut sumber MalaysiaKini, pemimpin veteran PKR, Syed Husin Ali, Dr Michael Jeyakumar dari PSM dan profesor Universiti Kebangsaan Malaysia, Abdul Rahman Embong turut dikatakan ‘bersama’ dalam majlis tersebut.

Namun siasatan masih dijalankan dan beberapa tindakan akan diambil termasuklah melaporkan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pendaftar Pertubuhan dan mendapatkan keterangan daripada pakar sejarah mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Perjanjian Damai Hatyai

Untuk pengetahuan anda, Perjanjian Damai Hatyai atau Rundingan Damai Haadyai 1989 merupakan perjanjian damai bersejarah yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaysa melalui penyertaan bersama kerajaan Thailand yang membawa kepada pembubaran dan perletakan senjata PKM setelah lebih 41 tahun membelenggu Malaysia.

Perjanjian Damai 1989

Untuk mencapai kejayan tersebut, pelbagai peristiwa pahit manis telah ditempuh sebelum Malaysia dapat mengecapi pembebasan daripada ancaman komunis.

Sumber: Sinar Harian, MalaysiaKini, Wikipedia