Tweet Perbezaan Kuasa Beli Di Singapura Dan Malaysia, Tapi Gaji ‘Fresh Grad’ Yang Jadi Perhatian 1

Tweet Perbezaan Kuasa Beli Di Singapura Dan Malaysia, Tapi Gaji ‘Fresh Grad’ Yang Jadi Perhatian

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tweet perbezaan kuasa beli di Singapura dan Malaysia, tapi gaji fresh grad yang jadi perhatian.

Kuasa beli adalah satu jumlah barangan atau perkhidmatan yang boleh dibeli dengan satu unit matawang. Kuasa beli merupakan kemampuan pengguna untuk memperoleh barangan dan perkhidmatan dengan pendapatan boleh gunanya.

Satu tweet perbezaan kuasa beli di Singapura dan Malaysia menjadi tular selepas mendapat perhatian daripada netizen. Namun ianya bukanlah kerana perbezaan kuasa beli tetapi disebabkan jumlah gaji fresh grad di Malaysia.

Dalam tweet tersebut, gaji yang diterima fresh grad adalah antara RM1,900 hingga RM2,800 yang mana harga Big Mac dan satu tin Milo 1.5kg masing-masing adalah RM11.30 dan RM28-RM30.

Tweet Perbezaan Kuasa Beli Di Singapura Dan Malaysia, Tapi Gaji ‘Fresh Grad’ Yang Jadi Perhatian

Berbeza dengan di Singapura, gaji fresh grad adalah $3,000 hingga $3,500 yang mana harga Big Mac dan satu tin Milo 1.5kg adalah jauh lebih rendah iaitu $6.40 dan $13-$15.

Namun ramai yang tidak bersetuju dengan nilai gaji yang diletakkan di situ kerana tak semua fresh grad menerima gaji sebanyak itu.

https://twitter.com/pedoqpop/status/1299368249327460352

 

Perbezaan yang menjadi ‘perbalahan’ di sini bukanlah harga sebiji Big Mac mahu pun satu tin Milo tersebut, tetapi nilai gaji yang diterima oleh fresh grad di Malaysia yang tidak sama dengan realiti sebenar.

Di Malaysia, gaji minimum yang dikuat kuasa di 57 bandar utama di Malaysia bermula Januari 2020 adalah RM1,200.

BACA: Lebih Baik Gaji Rendah Daripada Tiada Kerja – Menteri Sumber Manusia

Seorang ahli ekonomi pernah menyuarakan pendapat bahawa gaji  minimum RM1,200 adalah jauh lebih cukup untuk individu dewasa di Lembah Klang. Kata Yeah Kim Leng, seorang profesor ekonomi di Sunway University Business School dengan gaji minimum itu, individu tersebut perlu mendapatkan sumber pendapatan tambahan dengan melakukan dua pekerjaan atau perniagaan sampingan.

Untuk pengetahuan anda, menurut Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2018, gaji pekerja di Malaysia merupakan antara yang dibayar tanpa mengikut bayaran sepatutnya berbanding pekerja di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Jerman dan Singapura.

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berkata kenaikan gaji minimum tidak menyelesaikan masalah kos sara hidup yang tinggi sebaliknya memburukkan lagi dengan masalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan.